Bintang Arsenal dan Manchester City, Mesut Ozil dan Ilkay Gundogan telah diingatkan oleh German FM (DFB) setelah dilihat bergambar bersama presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Menerusi akaun Twitter Ak Parki (parti politik Erdogan), telah berkonsi gambar Ozil dan Gundogan menerima jersi dengan tanda tangan Erdogan. Ozil dan Gundogan mempunyai keturunan Turki dan gambar ini ibarat memberi gambaran mereka memberi sokongan kepada kepimpinan Erdogan. Turut bersama dalam pertemuan ini adalah Cenk Tosun, pemain kebangsaan Turki yang bermain untuk pasukan Everton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bekas pemain kebangsaan Jerman yang juga co-ordinator DFB, Oliver Bierhoff telah memberi amaran kepada Ozil dan GUndogan bahawa pertemuan mereka dengan Erdogan akan dibincangkan ketika mereka hadir untuk sesi pemilihan pasukan Piala Dunia kelak.

Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low bakal memilih skuad kebangsaan Jerman untuk Piala Dunia Russia pada hari ini. Presiden DFB, Reinhard Grindel tidak bersetuju dengan pertemuan ini dan berkata, Ozil dan Gundogan ‘dipergunakan’ oleh Erdogan untuk kepentingan politik.

gundo

ozil

“Ianya bukannya satu perkara yang bagus apabila anda menggunakan pemain kebangsaan kami untuk tujuan kempen pilihan raya anda,” tambah Grindel. Hubungan diplomatik Turki dan Jerman tidak begitu baik sejak beberapa tahun ini dan gambar ini nyata tidak mengembirakan kem bola sepak Jerman.

Erdogan kini berada di United Kingdom untuk rangka lawatan rasmi presiden berkenaan.

Sumber