Siapa sangka calon muda yang baru sahaja berusia 22 tahun berjaya mencatat sejarah pada PRU14 di Parlimen Batu apabila berjaya memenangi kerusi berikut dengan majoriti hampir 25 ribu orang pengundi.

P. Prabakaran dari parti bebas memperoleh 38,125 jumlah undi sekaligus menewaskan pencabarnya Dr Dominic Lau Hoe Chai dari Gerakan-BN (13,687), Azhar Yahya dari Pas (10,610), dan Datuk VM Panjamothy dari bebas (383). Ini merupakan jumlah undi cukup besar untuk beliau yang merupakan kali pertama bertanding.

Screen Shot 2018-05-11 at 12.24.26 AM

Antara intipati manifestonya adalah bagi mewakili suara belia dan anak muda di peringkat Parlimen dan meningkatkan kemasukan lebih ramai golongan belia dalam arena politik. Beliau berharap kehadiran belia ini sekaligus dapat memberi imbuhan idea baru khususnya buat mereka ahli parlimen yang sudahpun matang dan lama dalam arena politik tanah air.

Kemenangan ini merupakan amat bermakna kepada beliau sekaligus berjaya memecah rekod sebagai Ahli Parlimen Termuda Malaysia yang sebelum ini dipegang oleh Dato Seri Najib Bin Tun Razak pada umur 23 tahun ketika 1976.