Nampaknya penantian untuk mendapatkan smartphone flagship terbaru daripada Huawei iaitu P20 dan P20 Pro telahpun berakhir.

Bersempena dengan hari ini bertarikh 6 April 2018, Huawei secara rasminya telah menawarkan kedua-dua smartphone ini secara fizikal serta atas talian.

180405-huawei-p20-malaysia-same-day-delivery-online

Pada model kali ini, Huawei telah memilih untuk menggunakan processor Kirin 970 dan dipadankan bersama RAM 4 GB. Huawei P20 disertakan dengan skrin 5.8-inci manakala P20 Pro mempunyai skrin bersaiz 6.1-inci. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan saiz storan 128 GB.

Buat model Huawei P20, model ini disertakan dengan dwi-kamera 20-megapixel dan 12-megapixel. Masing-masing disertakan dengan kamera 24-megapixel dibahagian hadapan khusus untuk berswafoto.

Huawei P20 Pro turut dilengkapkan dengan gabungan lensa 40-megapixel RGB, 20-megapixel monokrom serta 8-megapixel khusus untuk mengambil gambar jarak jauh.

Huawei-P20-P20-Pro-main

Huawei P20 bakal mula dijual dengan harga RM2,599 manakala P20 Pro bakal mula dijual dengan harga RM3,299. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan secara atas talian, anda boleh dapatkannya di sini melalui laman Shopee. Lebih menarik, anda turut berpeluang mendapat speaker JBL Flip 3 beserta Huawei VIP Card.

Apa lagi, inilah masanya untuk anda menjadi yang terawal mendapatkan smartphone dengan keupayaan kamera terbaik dunia ketika ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group