Ramai yang menantikan sekuel filem ini dan akhirnya ‘Pacific Rim 2’ akan memulakan pengambaran akhir tahun ini. Yeah! Aktor Star Wars: The Force Awakens John Boyega dipilih sebagai watak utama filem ini oleh Legendary Pictures.

rim 3

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Filem sekuel itu nanti akan diarahkan oleh Steven S. DeKnight dan John akan melakonkan watak anak kepada Idris Elba. Guillermo del Toro, direktor filem Pacific Rim yang pertama tetap akan terlibat untuk sekuel Pacific Rim ini.

“Saya sangat berbangga dan gembira untuk mengalu-alukan John ke dalam filem ini. Pacific Rim universe akan lebih menarik dan kuat dengan adanya John sebagai watak utama. Saya tidak dapat memikirkan orang lain yang lebih sesuai selain John untuk watak ini,” Kata del Toro.

Tak sabar untuk tunggu filem ini. Filem Pacific Rim berjaya mengutip kutipan USD411 juta di seluruh dunia dan filem sekuel ini nanti pasti tiada masalah untuk mendapat kutipan yang tinggi seperti filemnya yang pertama.

Tiada berita sama ada pelakon-pelakon siri pertama akan terlibat dalam filem sekuel ini. Jadi kita tunggu sahaja perkembangan filem ini dari masa ke semasa.

rim 2

Sumber