Pada usia 15 tahun, seorang kanak-kanak, José Adolfo Quisocala Condori, dari Arequipa, Peru sudah lali mendengar bahawa kanak-kanak adalah masa hadapan kerana bagi dia, kanak-kanak tidak perlu menunggu pada masa depan untuk mendepakan sayap mereka selebar mungkin.

Impiannya mula terbina pada umur 7 tahun ketika dia memulakan Banco del Estudiante Bartselana, sebuah bank koperasi yang bukan sahaja membantu para pelajar menjimatkan wang, tetapi juga mengitar semula.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Semuanya wujud atas dasar satu perasaan kurang senang apabila dia melihat cara rakan sekelasnya berbelanja membeli gula-gula dan mainan tanpa membuat sebarang simpanan.

Justeru, anak muda ini hadir dengan idea sistem kewangan baharu yang membolehkan rakannya menjimatkan wang, dengan sedikit perbezaan, iaitu dengan menggunakan perkhidmatannya, para pelanggan akan membantu membaik pulih Bumi.

Ini adalah cara bagaimana bank milik Quioscala bekerja: rakan sekelasnya akan datang membawa sampah yang dipenuhi dengan plastik dan sebagai gantinya, mereka akan mendapat kredit yang diletakkan di dalam akaun mereka.

Wang yang telah disimpan hanya boleh dikeluarkan apabila ia mencapai tempoh matang atau nilai simpanan yang tercapai. Manakala sampah yang dipenuhi plastik tadi akan dikitar semula untuk dijadikan produk berasaskan teknologi hijau.

Ini adalah salah satu kaedah yang baik untuk mengajar pelajar sekolah betapa pentingnya pengurusan wang dan dalam masa yang sama dapat membantu menjaga alam sekitar.

Dari 20 orang pelajar yang berdaftar dibawah mereka, kini bank milik Quioscala telah berkembang dengan 2,000 ahli – dikhabarkan bahawa jumlahnya bakal bertambah dari hari ke hari.

“Pada mulanya, para guru menganggap saya ini gila atau kanak-kanak tidak mampu untuk memulakan projek seperti ini,” kata Quioscala kepada akhbar Peru Correo.

Namun dia telah membuktikan bahawa cakap-cakap kosong tersebut salah apabila berjaya merangkul Anugerah Sukarelawan Nasional dalam kategori alam sekitar, dan pada tahun 2015, Ratu Elizabeth II dan PBB telah mengiktiraf usaha anak muda ini.

Walaupun bank ciptaan Quioscala dibina atas dasar untuk simpanan, namun kini ia menawarkan kepada para pelanggan mereka dengan pelbagai produk kewangan, termasuk pinjaman, pelaburan modal, insurans mikro serta akses kepada pendidikan kewangan.

Terdahulu, seorang rakyat Malaysia pernah memenangi RM1 juta pada tahun 1991. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kisah Ahmad Samerin, ‘Owner’ Kedai Basikal Yang Berjaya Memenangi RM1 Juta Pada Tahun 1991

Kenali John Carpenter, Seorang Ejen Dan Pemenang Pertama ‘Who Wants to Be a Millionaire’

Anda Mungkin Suka