Ketika ini, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia sedang dijalankan dan tiada pelanggan dibenarkan untuk makan di dalam restoran sepanjang tempoh PKP.

Akan tetapi, masih ada peniaga yang berdegil dengan membenarkan pelanggannya makan di restoran ataupun kedai makan. Difahamkan, seorang peniaga warung di Sungai Petani, Kedah telah dikompaun sebanyak RM10,000 berikutan membenarkan pelanggannya untuk makan di tapak tempat letak kereta Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, ketika pemeriksaan dilakukan, terdapat beberapa pelanggan yang sedang makan cuba melarikan diri susulan melihat kehadiran pihak polis.

Tambahnya, kompaun dikeluarkan di bawah Perkara 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021. Bukan itu sahaja, pihaknya tidak akan berkompromi dalam mengenakan kompaun terhadap mana-mana individu yang didapati melanggarnya.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang berkaitan dengan pelanggaran SOP sepanjang PKP pada pautan di bawah ini.

Neelofa Sekeluarga Didakwa Langgar SOP Aidilfitri, Kes Disiasat Dan Polis Minta Tidak Buat Spekulasi

Gambar Tular Keluarga Beraya Di SJR Tidak Langgar SOP PKP – Polis Putrajaya

Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan

Sumber