Siapa sangka COVID-19 mampu menyerang dalam gelombang kedua sebaik sahaja perintah darurat ditamatkan. Insiden ini nampaknya telah berlaku di Hokkaido, Jepun yang telah mengumumkan penamatan darurat pada 19 Mac bagi membolehkan premis perniagaan serta sekolah dibuka semula.

Difahamkan penamatan darurat dibuat selepas Hokkaido sekadar mencatat satu hingga dua kes sehari sekaligus memberi lampu hijau untuk daerah ini meneruskan operasi seperti biasa. 26 hari berlalu, Hokkaido telah mencatatkan sebanyak 135 kes seminggu.

covid19.6 (1)
Warga Jepun dilaporkan masih bersiar-siar sewaktu wabak COVID-19 sudah mulai tersebar di Jepun. Sumber: The National Interest

Menurut Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr. Kiyoshi Nagase, pihak mereka berasa menyesal dengan tindakan untuk menamatkan darurat lebih awal sebelum rantaian wabak ini diputuskan sepenuhnya.

Tambahnya lagi, gelombang kedua yang menyerang Jepun ini mungkin mendesak Jepun untuk menunggu sehingga tahun depan bagi menjamin keadaan benar-benar selamat sekaligus membolehkan kerajaan Jepun menamatkan darurat tanpa merisaukan kehadiran gelombang baharu.

doc79yjgld656p8k0ciijy
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe. Sumber: The Star Online

Setakat ini, Jepun merekodkan lebih 13,576 kes serta 376 kematian berikutan COVID-19. Negara ini turut meneruskan darurat sehingga 6 Mei walau bagaimanapun pihak kerajaan Jepun bercadang untuk meneruskan tempoh darurat kepada bulan hadapan.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Ketahui juga sistem kesihatan di Jepun yang rumit dan selfish kerana COVID-19 perkongsian warga Malaysia ini.

Warga Malaysia Kongsi Sistem Kesihatan Di Jepun Jadi Rumit Dan ‘Selfish’ Kerana COVID-19

Diskriminasi Gender Dan Gaji Rendah, Ini Realiti Sedih Pekerja Wanita Perlu Tempuhi Di Jepun

Sumber