Prince Court Medical Centre telah dikompaun RM200,000 kerana menjual topeng muka tiga lapisan melebihi harga maksimum yang ditetapkan, kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyatakan, kompaun itu ditawarkan kepada hospital berkenaan hari ini, ekoran tindakannya melakukan kesalahan di bawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sekiranya kompaun gagal dibayar dalam masa yang ditetapkan, pihak hospital akan dituduh di mahkamah, menurut kenyataan itu.

Tindakan berkenaan diambil selepas tular seorang pesakit yang menerima rawatan di hospital swasta berkenaan dikenakan caj RM201.60 untuk 18 keping topeng muka tiga lapisan yang digunakan oleh jururawat ketika merawat pesakit.

Ia adalah peningkatan harga yang melampau kerana topeng muka merupakan barang di bawah harga kawalan dan mana-mana pihak yang menjual lebih RM1.50 untuk sekeping bakal dikenakan tindakan.

Dalam kes ini, hospital swasta berkenaan telah mengenakan caj hampir 10 kali ganda berbanding harga kawalan terhadap pesakit berkenaan (RM11.20 sekeping berbanding harga maksima RM1.50).

“KPDNHEP serius dalam memastikan bekalan topeng muka mudah diperolehi pada harga yang tidak melebihi penentuan harga maksimum yang ditetapkan,” kata kementerian itu. Semoga perkara ini menjadi pengajaran untuk semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan ketika pandemik COVID-19.

Ini pula beberapa artikel lain yang berkaitan topeng muka. Baca lagi pada pautan di bawah.

Perancis Dakwa Amerika Syarikat ‘Sailang’ Stok Topeng Muka Mereka Dari China

5 Sebab Masyarakat Jepun Gemar Pakai Topeng Muka

Abstrax Buka Tempahan Topeng Muka KN95 Edisi Khas

Sumber