Tiada orang di dunia ini yang sukakan gurauan kasar. Terutamanya gurauan yang melibatkan bentuk badan. Begitulah realiti yang menimpa seorang lelaki di Indonesia apabila gurauan rakannya telah bertukar menjadi tragedi.

Ali Heri Sanjaya berusia 27 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa membunuh rakan sekerjanya, Rosidah, 18 tahun kerana telah memanggilnya gemuk, lapor AsiaOne.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pesuruhjaya Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin menyatakan bahawa Sanjaya terasa hati dengan kata-kata Rosidah yang memanggilnya gemuk di hadapan orang ramai.

56269-ali-heri-sanjaya-tersangka-kasus-pembakaran-terhadap-perempuan-bernama-rosidah-di-banyuwangi-2
Suara

Mangsa dikatakan telah membandingkan beliau dengan ahli gusti sumo dan pelakon Taiwan Boboho. Sanjaya mendakwa bahawa kata-kata itu telah menyebabkan beliau mengumpul dendam di dalam hati.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat, 24 Januari lalu bermula apabila Rosidah bersetuju untuk menghantar Sanjaya ke rumahnya selepas kerja. Semasa melalui ladang kelapa, Sanjaya dilaporkan telah mencekik mangsa sehingga mati sebelum membakar mayat mangsa.

Keluarga Rosidah telah menfailkan laporan polis sebaik sahaja mereka gagal mengesan mangsa. Mayat mangsa hanya ditemui sehari selepas kejadian dengan bantuan orang kampung. Vice melaporkan bahawa mayatnya ditemui di kampung sebelah bersama-sama dengan helmet merah jambu.

Pihak polis mendakwa selepas membunuh mangsa, Sanjaya telah melarikan motosikal dan telefon mangsa. Beliau dilaporkan telah menjual barang kepunyaan mangsa bagi menyelesaikan hutang. Dia walau bagaimanapun telah ditangkap oleh pihak polis pada 28 Januari lalu di sebuah hotel.

Dalam video yang dikongsi di Facebook selepas penangkapan Ali, dia kelihatan tenang dan masih mampu untuk menikmati makanannya.

Bagi pak cik kepada mangsa, Ahmad Sodik mahu mahkamah memberi hukuman yang setimpal kepada Sanjaya kerana telah membunuh anak buahnya.

Sanjaya dan Rosidah telah mengenali antara satu sama lain selama bertahun-tahun; Selain bekerja bersama, mereka juga tinggal di kawasan kejiranan yang sama.

Inilah dikatakan akibat mulut, badan binasa. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ini Sebabnya Anda Tidak Perlu Rasa Rendah Diri Kerana Gemuk

7 Punca Gemuk Yang Ramai Orang Tidak Tahu. #2 Selalu Disalahkan

Sumber