Pada hari semalam tular satu rakaman video yang dirakam oleh pemandu bas di mana dia menghadapi detik-detik diganggu oleh penumpang dan pemandu sebuah BMW berwarna hitam.

Bagaimanapun kedua-dua lelaki yang menunjuk lagak samseng itu telah dicekup oleh polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, lelaki berusia 32 dan 42 tahun ditahan kira-kira 9 pagi di daerah ini susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit 10.11 pagi, 24 Februari (Jumaat), lapor Harian Metro.

Katanya, kejadian berlaku pada jam 8.15 pagi ketika pemandu bas henti-henti yang berusia 31 tahun sedang memandu di Taman Puteri, di sini.

“Pemandu bas melihat sebuah kereta BMW hitam berhenti di tengah jalan dan seakan-akan memberi jalan kepadanya yang ketika itu sedang keluar dari jalan berkenaan.

“Kereta dinaiki suspek memotong dan berhenti di hadapan bas berkenaan. Seorang suspek memarahi mangsa dengan menghentak beberapa kali dinding bas menggunakan tangannya.

“Manakala seorang lagi rakannya menghampiri mangsa dengan memegang cermin sisi kanan bas dan cuba merosakkannya namun mangsa sempat bergerak meneruskan perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Beng Yeow, pemandu bas percaya kedua suspek disyaki berada dalam keadaan mabuk.

Katanya, suspek kemudian mengekori bas dari terminal bas Kulai sehingga ke Jalan Batu 21 Kulai Besar, di sini.

“Suspek masih bertindak memarahi mangsa namun dia kekal berdiam di dalam bas bimbang keselamatan diri terancam,” katanya.

Katanya, polis akan memohon reman ke atas suspek esok bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.