Sebelum ini, seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah mencabar kesabaran pihak syarikat Skop Production dengan memuat naik filem Munafik 2 sekaligus mengajak pengguna media sosial (Facebook) yang lain untuk menonton filem tersebut di atas talian bersama-sama.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Sasuke Kun di Facebook turut berani mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau dan pihak Skop Production juga memandang serius perkara ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

View this post on Instagram

Sy dah warning sebelumni jangan sebarkan clip/full movie Munafik 2 di media social,tapi degil. Akhirnya mahkamah jatuh hukum pd pesalah utk membayar ganti rugi Rm 100 ribu kpd pihak Skop Productions. . Ramai lagi bakal dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan sama sebarkan clip/full movie filem di media social. . WAHAI FINAS,WAHAI KERAJAAN BARU, TOLONGLAH BUKA MATA ISU CETAK ROMPAK FILEM TEMPATAN YG TAKDE KESUDAHAN NI. SAMA ADA CETAK ROMPAK TEPI JALAN ATAU PUN MEDIA SOCIAL. KITA PERLUKAN UNDANG2 BARU YG LEBIH KETAT. . @munafik2movie "Taiping, 13 November – Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, Plaintif-Plaintif serta Defendan telah merekodkan perintah-perintah dan hendaklah membayar sebanyak RM 100,000 kepada Skop Productions, dan dihalang daripada melanggar hakcipta untuk filem Munafik 2; memuat naik filem Munafik 2 dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain, tanpa keizinan. . #munafik2 #hakcipta Video Credit: @thehitmannazri

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm) on

Syamsul Yusof membawa kes ini ke mahkamah selepas permintaan secara baik untuk Sasuke San atau nama sebenar Muhammad Izwan Shah Kamal Shah menurunkan konten Munafik 2 yang dimuat naiknya ditolak.

Pada hari ini 13 November, individu tersebut telah dikenakan denda oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, plaintif-plaintif serta defendan untuk membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Production. Defenden telah didapati bersalah dan melanggar hakcipta filem Munafik 2, memuat naik filem tersebut dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain tanpa keizinan.

UPDATE TERKINI KES SASUKE KUNBeringatlah, jangan upload/ streaming live filem di pawagam. Sasuke Kun tak pasal pasal…

Posted by Suka Filem on Monday, November 12, 2018

Syamsul berharap kes ini dijadikan iktibar kepada semua dan mahu orang ramai memandang serius tentang perkara ini. Cetak rompak bukan lagi hanya dalam bentuk CD, tetapi juga di media sosial.

Filem pecah panggung Munafik 2 telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM43 juta dan meraih RM4 juta lagi ketika ditayangkan di Indonesia.

Event Runs 1324 Edited2
HYPE
Great Eastern LIVE GREAT RUN Kini Kembali Pada 17 Ogos 2019
Baca lagi →