Sebelum ini, seorang individu yang tidak bertanggungjawab telah mencabar kesabaran pihak syarikat Skop Production dengan memuat naik filem Munafik 2 sekaligus mengajak pengguna media sosial (Facebook) yang lain untuk menonton filem tersebut di atas talian bersama-sama.

Individu tersebut yang dikenali sebagai Sasuke Kun di Facebook turut berani mencabar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau dan pihak Skop Production juga memandang serius perkara ini dan membawa beliau ke muka pengadilan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BqGwpjcHy7Y/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1ldamqj4k7cnn

Syamsul Yusof membawa kes ini ke mahkamah selepas permintaan secara baik untuk Sasuke San atau nama sebenar Muhammad Izwan Shah Kamal Shah menurunkan konten Munafik 2 yang dimuat naiknya ditolak.

Pada hari ini 13 November, individu tersebut telah dikenakan denda oleh Yang Arif Pesuruhjaya Kehakiman Tuan Asmadi Bin Hussin, plaintif-plaintif serta defendan untuk membayar sebanyak RM100,000 kepada Skop Production. Defenden telah didapati bersalah dan melanggar hakcipta filem Munafik 2, memuat naik filem tersebut dalam apa-apa bentuk di dalam media sosial dan platform lain tanpa keizinan.

Syamsul berharap kes ini dijadikan iktibar kepada semua dan mahu orang ramai memandang serius tentang perkara ini. Cetak rompak bukan lagi hanya dalam bentuk CD, tetapi juga di media sosial.

Filem pecah panggung Munafik 2 telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM43 juta dan meraih RM4 juta lagi ketika ditayangkan di Indonesia.