Gara-gara melanggar kuarantin selama lapan saat, lelaki di Taiwan terpaksa membayar harga yang mahal apabila pihak berkuasa Taiwan telah mengenakan denda sebanyak USD$ 3,500 (RM15,000) disebabkan kesalahan yang dilakukan olehnya, lapor CNN.

Dia yang merupakan seorang pekerja migran dari Filipina dikenakan perintah kuarantin di sebuah hotel di Kota Kaohsiung telah bertindak keluar dari biliknya, kata Jabatan Kesihatan.

Kelakuan lelaki itu ditangkap di CCTV dan disedari oleh kakitangan hotel. Tidak lama selepas itu, kakitangan hotel terbabit telah melaporkan tindakan dia kepada Jabatan Kesihatan. Dia kemudiannya didenda sebanyak 100,000 dolar Taiwan – sekitar  USD$ 3,500 (RM15,000).

Di bawah peraturan kuarantin di Taiwan, mereka yang berada di bawah kawalan kuarantin tidak dibenarkan meninggalkan bilik, tidak kira berapa lama. Mereka juga tidak boleh menganggap bahawa mereka tidak melakukan kesalahan walaupun hanya berada di lorong di hadapan bilik hotel, kata Jabatan Kesihatan.

Untuk rekod, terdapat 56 hotel telah dijadikan pusat kuarantin di Kota Kaohsiung, dengan jumlah sekitar 3,000 bilik.

Taiwan sebelum ini telah dipuji kerana pendekatan mereka dalam menghentikan penyebaran wabak COVID-19. Taiwan tidak melakukan pendekatan drastik seperti dilakukan oleh China.

Apa yang mereka lakukan adalah bertindak balas dengan cepat. Pihak berkuasa Taiwan mula memeriksa penumpang yang hadir daripada Wuhan sejak pertama kali berita mengenai wabak ini mula menyebar.

Manakala kerajaan mereka pula melabur dalam ujian COVID-19 yang meluas dan mengesan kontak rapat.

Melalui data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University, Taiwan hanya mencatatkan 716 kes koronavirus dan tujuh kematian.

Terdahulu, seorang lelaki ditahan polis selepas langgar kuarantin. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lelaki Ini Ditahan Polis Ketika Membuat ‘Report’ Ditipu Beli Telefon Gara-Gara Langgar Kuarantin

Anda Mungkin Suka