Pemimpim Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang pegawai di sektor pertanian kerana melanggar langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19.

Melalui laporan yang dikeluarkan oleh agensi perisikan Korea Selatan, pegawai yang tidak dikenali terbabit telah melanggar langkah pencegahan wabak COVID-19 apabila menerima bantuan beras dari China, lapor USA Today.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu kenyataan oleh Ha Tae-keung salah seorang anggota parlimen yang diberi taklimat oleh agensi terbabit mengatakan bahawa Kim telah “mengambil tindakan yang tidak masuk akal” untuk melindungi negaranya dari wabak.

“Korea Utara bahkan tidak menerima 110,000 tan bantuan beras yang ditawarkan oleh China,” kata anggota parlimen Korea Selatan itu.

NPR melaporkan bahawa berita itu disampaikan kepada umum pada 27 November 2020, setelah Perkhidmatan Perisikan Korea Selatan mengadakan pertemuan dengan anggota parlimen. Pegawai pertanian yang bernasib malang itu dihukum mati di Bandar Sinuiju, wilayah barat daya Korea Utara.

Melihat kepada tindak tanduk Kim, agensi perisikan Korea Selatan menilai bahawa tindakan ekstrem beliau ini didasarkan pada rasa paranoid dan maklumat yang tidak tepat mengenai COVID-19. Selain melarang import beras, Korea Utara juga menghentikan pengeluaran ikan dan garam domestik.

Tambahan daripada itu, Ha melaporkan bahawa Pyongyang pada Oktober 2020 telah menjalankan hukuman mati terhadap pegawai yang bertanggungjawab menjaga mata wang Korea Utara. Dia dihukum mati kerana mata wang Korea Utara menjunam teruk semasa wabak, lapor Happy Mag.

Walaupun dilihat takut danĀ paranoid dengan COVID-19, Korea Utara masih enggan bersifat terbuka kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Selama berbulan-bulan Pyongyang mendakwa negara mereka selamat dari wabak ini.

Terdahulu, Korea Utara dilaporkan telah menyeksa pesakit COVID-19 kelaparan sehingga mati. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Korea Utara ‘Seksa’ Pesakit COVID-19 Kelaparan Hingga Mati, Mayat Mereka Dibakar

Korea Utara Dilaporkan Catat Kes Pertama COVID-19, Pesakit Bakal Dihukum

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran