Tidak pasti apa yang difikirkan lelaki ini apabila merakam video ini. Lelaki yang dikenali sebagai Shiva ini berada di Hyderabad, di selatan India.

Mungkin beliau merasakan ianya sesuatu yang cool untuk merakam gambar di depan kereta api yang sedang bergerak. Jadi beliau merekod video ini. Walaupun ada yang sudah menjerit ke arah Shiva untuk memberitahu tentang kereta api yang sedang bergerak ke arahnya, beliau masih tidak bergerak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.youtube.com/watch?v=m4k4Jt4v_7w

Nampaknya nasib tidak menyebelahi Shiva apabila beliau dilanggar kereta api tersebut dan kemudiannya dikerjakan ke hospital kerana kecederaan di kepala. Tahun lalu, India mencatat kadar kematian kerana selfie tertinggi di dunia dan selfie di hadapan kereta api yang sedang bergerak adalah yang paling popular dan yang paling bahaya.

Kalau anda yang kaki selfie, pastikan persekitaran anda selamat terlebih dahulu atau anda akan senasib seperti lelaki ini.