Selasa lalu berlangsungnya tayangan perdana untuk filem psycho/horror, Flatliners yang mengisahkan 5 pelajar jurusan perubatan yang mencuba sesuatu yang sangat merbahaya; bangkit daripada kematian.

Jadi, apa yang menarik tentang filem ini? Filem ini adalah karya remake dengan nama yang sama pada tahun 1990. Keifer Sutherland adalah satu-satunya pelakon asal yang berlakon untuk karya remake ini. Saya tidak menonton karya Flatliners yang asal jadi ulasan ini hanya berdasarkan versi yang terbaru ini sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
flatline 1990
Para pelakon ‘Flatliners’ yang asal

Flatliners membariskan pelakon hebat seperti Ellen Page, Diego Luna, Nina Dobrev, James Norton, and Kiersey Clemons. Semuanya bermula apabila salah seorang daripada 5 pelajar ini mengalami sendiri pengalaman ‘selepas mati’ dengan eksperimen menghentikan denyutan jantung.

Courtney (Ellen Page) mempunyai teori bahawa setiap insan yang mati akan terawang-awangan terlebih dahulu dan jika mereka sempat dihidupkan kembali dalam masa bawah 5 minit, mereka akan kembali ke dalam jasad dan akan merasai sesuatu yang hebat dari pengalaman itu.

Ianya benar apabila otak dan pemikiran Courtney seperti di reboot semula dan beliau menjadi sangat pandai dan dapat mengingat segala perkara yang pernah berlaku kepada beliau sebelum ini. Ianya membuatkan rakan beliau yang lain juga teruja untuk jadi seperti Courtney.

Namun perbuatan mereka itu mengundang padah apabila ‘kehidupan’ selepas mati dan visi yang mereka lihat tidak lagi seperti yang mereka inginkan. Setiap daripada mereka mempunyai rahsia gelap masa lampau yang mereka cuba padam dari ingatan tetapi rahsia gelap inilah yang menghantui kehidupan mereka selepas kembali dari kematian.

Secara dasarnya inilah yang terjadi kepada setiap watak utama dalam filem ini. Nak tahu lebih lanjut, anda kena tengok filem ini. Sepanjang mereka dihantui rahsia silam mereka ini, kita akan jadi tertanya-tanya, apakah sebenarnya entiti yang kerap mengacau hidup mereka ini? Adakah death (malaikat maut) yang datang kepada mereka yang berani bermain dengan kematian?

Persoalan ini bermain di dalam kepala apabila menonton filem ini. Harus dipuji tentang filem ini adalah kandungan kejutan yang ada bermula dari pertengahan filem ini. Apabila mereka mula nampak perkara yang bukan-bukan, dari situ sudah mula kejutan-kejutan yang anda biasa rasa dalam filem genre horror seperti ini.

Dari segi lakonan dan jalan cerita pula, biasa-biasa sahaja. Seperti filem-filem ‘orang muda’ yang lain, kehidupan dan gaya hidup hedonism seperti tidak boleh terlepas untuk dimasukkan dalam sesebuah filem. Mungkin ‘pelaris’ untuk tarik penonton ke pawagam selain star power pelakon Ellen Page, Kiefer Sutherland dan Diego Luna.

Berdasarkan rating yang diberi terhadap filem ini, filem ini diberi rating seperti sebuah filem yang gagal teruk. Tetapi bagi saya, filem ini tidaklah seburuk yang disangkakan. Mungkin ianya tidak boleh lawan yang original, tetapi masih acceptable dan masih mampu untuk beri kejutan kepada penonton. Flatliners kini sedang ditayangkan di pawagam. Yang sudah menonton, berapa rating anda untuk filem ini?