Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Walaupun orang ramai sedikit kecewa kerana tidak boleh keluar beraya disebabkan PKP, tetapi kita masih boleh lihat bagaimana ‘kreatifnya’ segelintir orang ramai yang cuba ‘menceriakan’ mereka melalui media sosial masing-masing.

Terbaru, tular satu rakaman video di mana seorang pemuda mengambil kesempatan mempamerkan aksi ‘lagak-ngeri’ menunggang motosikal RX-Z di atas jalan raya yang agak lengang ekoran pelaksanaan PKP sempena Hari Raya.

Mantap terbaik Paduiii.. Kopiah cabut dulu mask mana… Yang penting helmets lompong Pakai… 🤣Last2 pisanggg.. gila2 kita semua pakai… #raya#nyawa#paiponrxz#zamanviral#paducermatjiwaselamat

Posted by Tengku Luqmanul Hakim on Sunday, May 16, 2021

Hantaran video tersebut telah mendapat ribuan share dan ratusan likes  dari pengguna media sosial. Rata-rata ramai ‘terhibur’ apabila melihat aksi lagak ngeri pemuda tersebut di akhiri dengan penahanan oleh pihak berkuasa.

Ramai orang menjangkakan denda yang bakal dikenakan kepada pemuda ini mungkin agak ‘tinggi’ ekoran dia telah membuat beberapa kesalahan serentak seperti yang ditunjukkan di dalam video yang dimuatnaik olehnya.

Antara kesalahan yang dilakukan ialah tidak memakai topi keledar dan pelitup muka, menunggang motosikal secara berbahaya, memakai ekzos ‘slim fit’ dan tidak mematuhi SOP PKP sempena Hari Raya.

vocket-motosikal-rx-7-ekzos-slim-fit-2

Sumber Gambar: Facebook

vocket-motosikal-rx-7-ekzos-slim-fit-2

Sumber Gambar: Facebook

vocket-motosikal-rx-7-ekzos-slim-fit-3

Sumber Gambar: Facebook

vocket-motosikal-rx-7-ekzos-slim-fit-4

Sumber Gambar: Facebook

KENYATAAN MEDIA KETUA JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR BERKAITAN KES TULAR AKSI MENUNGGANG MOTOSIKALSECARA BERBAHAYA.

Posted by JSPT KL on Monday, May 17, 2021

Menurut satu hantaran rasmi oleh Facebook JSPT KL, pemuda tersebut pernah ditangkap dua kali di atas kesalahan yang sama dan telah pun dihukum pada tahun 2018.

Pemuda itu dikenakan hukuman Perintah Khidmat Masyarakat selama 12 bulan dan lesen memandu telah digantung selama dua tahun pada tahun 2020.

Nampaknya pemuda ini bakal berdepan dengan hukuman lebih berat kerana telah mengulangi kesalahan yang sama buat kali ketiga, serta membuat beberapa kesalahan serentak pada kali ini.

Sementara itu, netizen minta polis mengambil tindakan terhadap golongan ‘kayangan’ yang beraya beramai-ramai. 

Tular Video Golongan Kayangan Langgar SOP Beraya Sakan, Netizen Desak Polis Jalankan Siasatan

Tular Gambar Keluarga Beraya DI SJR, Isteri Anggota Polis Disahkan Telah Dikompaun Sebanyak RM2,000

Anda Mungkin Suka