Baru-baru ini, sebuah video menjadi topik perbualan ramai dimana seorang penyampai radio telah memperlekehkan cikgu Sains yang kurang fasih berbahasa Inggeris dalam program DidikTV.

Video tersebut mengundang kemarahan netizen dan rata-rata netizen mengecam tindakan penyampai radio tersebut. Lantaran kontroversi yang melanda, pihak HITZ dalam satu kenyataan mengatakan bahawa telah menerima surat perletakan jawatan penyampai radio itu.

japan featured
HYPE
14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba
Baca lagi →

UPDATE: @hitzsarawak

Posted by HITZ on Monday, February 22, 2021

Menurut pihak HITZ, penyampai radio tersebut telah sah letak jawatan pada 22 Februari 2021 iaitu semalam. Malah, HITZ tetap komited mahu berikan hiburan dan menyajikan maklumat kepada pendengar setia.

Pastinya daripada kontroversi yang berlaku ini, ramai yang boleh belajar untuk lebih berhati-hati dalam tindakan dan perkongsian di media sosial. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Bagi anda yang terlepas berita ini, klik pautan di bawah untuk ketahui isu tersebut.

Penyampai Radio Dihujani Kecaman Selepas Video TikTok Ketawakan Guru Tular

Gara-Gara Tular Video Ketawakan Guru, Penyampai Radio Ini Digantung Tugas Sementara

Diperlekehkan Dan Jadi Bahan Jenaka Penyampai Radio, Guru Sains Ini Akui Kelemahan Diri

Anda Mungkin Suka