Peminat pasukan bolasepak dari Scotland, Inverness Caledonia Thistle FC terpaksa bersabar dengan teknologi kamera AI yang diperkenalkan baru-baru ini apabila ia telah menggangu pengalaman menonton bola sepak.

Kelab itu sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan beralih dari menggunakan khidmat pengendali kamera ke kamera yang dikendalikan oleh AI (artificial intelligence).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kelab dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka berbangga akan menggunakan sistem Pixellot yang mempunyai teknologi mengesan bola dengan rakaman yang berkualiti tinggi khas untuk semua peminat mereka.

Apa yang diharapkan menjadi satu titik sejarah telah bertukar ‘tragedi’ kepada kelab ini apabila Sabtu lalu, ketika kamera AI digunakan, ia gagal untuk merakam pergerakan bola, malah lebih lucu ia merakam kepala botak pengadil yang bertugas menjaga garisan.

Nampaknya teknologi ini keliru dan tidak dapat membezakan bola dan juga kepada botak pengadil pertandingan. Ia dilaporkan berulang kali mengikut pengadil ke kiri dan kanan padang, tanpa menghiraukan langsung ‘bola sepak’ sebenar.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=18&v=9zoJP2FkpgU&feature=emb_title

Penonton yang berang dengan teknologi tersebut telah mengadu kepada kelab mereka bahawa mereka terlepas saat-saat di mana pasukan mereka menjaringkan gol. Ada juga yang meminta pengadil perlawanan yang berkepala botak untuk memakai topi.

Untuk rekod, peminat bola sepak di Scotland masih belum dibenarkan untuk hadir ke stadium disebabkan wabak COVID-19. Kebanyakan daripada mereka diminta untuk kekal berada di rumah sehingga keadaan kembali pulih.

Terdahulu TVET memperkenalkan kursus berkaitan teknologi dron dan AI. Klik pautan di bawah untuk membaca.

TVET Perkenalkan Kursus Berkaitan Teknologi Dron Dan ‘Artificial Intelligence’

AI Syarikat Elon Musk Buktikan Tidak Perlu Penulis Untuk Raih Bacaan Tinggi

Sumber