Seorang pengguna jalan raya tidak menyangka sebuah kereta Proton Persona secara tiba-tiba menunjukkan gari sambil memusing-musingkannya dengan membuka tingkap kereta ketika memandu.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Delhan Yahaya berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi tiga minit yang tular di media sosial menunjukkan telah berlaku perselisihan faham melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Tun Razak, dekat sini.

https://www.tiktok.com/@kroll_kyoe/video/7064109261688802586?_t=8Pqpdi9Wfnl&_r=1

“Susulan kejadian itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.

“Kita juga akan melakukan siasatan berhubung kejadian itu. Kita nasihatkan orang awam agar tidak melakukan apa-apa perkara serta tindakan yang menyalahi undang-undang,” kata Noor Delhan Yahaya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

Tambah beliau lagi, pihaknya memohon mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Memetik hantaran Carlist.my pula, ada anggota polis memaklumkan kepada Carlist.my bahawa Proton Persona berwarna silver tidak semestinya kereta polis. Ia merupakan kereta yang disewa dari Spanco yang digunakan oleh pelbagai jabatan kerajaan termasuklah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Sementara itu seorang pemandu BMW diburu netizen apabila dia telah melanggar tiga orang rider penghantar makanan pada masa berbeza dalam tempoh satu jam.

Warganet Buru Pemandu BMW Langgar Lari Tiga Penunggang Motosikal Dalam Tempoh Satu Jam

Netizen Kecam Pemandu Myvi Yang Lari Selepas Langgar Bezza