Seorang gadis berusia 17 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas kesalahan menunggang motor dengan aksi ala Superman.

Beliau sebelum itu hadir menyerah diri ke Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran setelah video yang menunjukkan aksi beliau itu tular di laman sosial.

Amirudin Shari
HYPE
Lihat Salah Satu Norma Baharu Dalam Menyambut Hari Raya Aidilfitri Tahun Ini
Baca lagi →

Sambil ditemani bapa saudara, beliau mengakui kesalahan yang dilakukannya ketika menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada 1 Januari lalu.

Gadis ini juga dilaporkan tidak mempunyai lesen dan polis sudah mengeluarkan saman di atas kesalahan tersebut.

Beliau disabitkan dengan kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Walau bagaimanapun, beliau telah dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 setelah mengaku ketika dituduh di mahkamah.

Banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Malaysia memaksa dua beradik ini mengubah motorsikal mereka. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Demi Menangkap Ikan Dan Burung, Dua Beradik Ubah Suai Motorsikal Untuk Redah Banjir

Motorsikal Saya Tersadai Tepi Jalan Semalam, Dan Ini Apa ‘Brotherhood’ Buat

 

Anda Mungkin Suka