Polis menahan 11 individu dipercayai ahli kongsi gelap Geng 35 selepas video berdurasi 44 saat tular di TikTok yang menunjukkan mereka berkumpul di dalam satu rumah bagi menyambut sambutan Hari Bapa tanpa penjarakan fizikal.

Pihak polis dalam satu kenyataan kepada Harian Metro menyatakan bahawa mereka mengesan video berdurasi 44 saat itu di TikTok pada jam 7 malam tadi di mana ia menunjukkan sekumpulan lelaki memotong kek merah kuning berbentuk nombor 35.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hasil risikan pihak polis, mereka semua ditahan bermula 10 malam tadi secara berperingkat di daerah Kulim. Polis turut menyatakan bahawa kesemua mereka telah mengadakan sambutan Hari Bapa di salah sebuah rumah suspek.

Tambah pihak polis lagi, kesemua individu yang ditahan berusia 25 hingga 61 tahun itu hanyalah kenalan yang hadir bagi menyambut Hari Bapa. Tetapi polis percaya bahawa kesemua yang ditahan mempunyai kaitan dengan kongsi gelap Geng 35.

Kesemua suspek kini sudah dibawa ke mahkamah untuk ditahan reman. Mereka semua didakwa kerana melanggar Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPP) 2021. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan 10(1) PPDPP 2021.

Nasihat ‘uncle vincent’ buat mereka yang ingin sertai kongsi gelap. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nasihat ‘Uncle Vincent’ Buat Mereka Yang Ingin Menyertai Kongsi Gelap