Selain menjadi tempat menunaikan ibadah, masjid juga berperanan pusat aktiviti sosial umat Islam. Sejajar dengan peredaran zaman, masjid perlulah dinaik taraf kemudahannya agar dapat menarik minat orang muda datang beribadah ke masjid.

Terbaharu, sebuah video TikTok yang dikongsi kembali di Twitter memaparkan kemudahan-kemudahan di Masjid Al Busyra Merbuk, Kedah. Menerusi video tersebut, dapat dilihat Masjid Al Busyra Merbuk menawarkan kemudahan mesra musafir seperti tempat cuci kereta, pondok info, mesin snack layan diri dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Malah, pondok info, kafe dan homestay juga dalam pembangunan. Pihak masjid juga menyediakan bekalan air bersih dan ‘food bank’ untuk mereka yang memerlukan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memuji pengurusan masjid tersebut menggunakan wang derma menaik taraf kemudahan di masjid.

https://twitter.com/kalossharon/status/1485803715034742784

Bukan itu sahaja, para netizen berharap dengan inisiatif yang dilakukan masjid ini akan memberikan inspirasi kepada pengurusan masjid lain bagaimana mahu menggunakan wang derma sebaiknya.

Ada juga segelintir netizen berkongsi bagaimana masjid di luar negara menjadikan masjid mereka sebagai pusat komuniti dan memuji inisiatif masjid ini yang berfikiran terbuka mahu melakukan perubahan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Telatah Budak Lelaki Jadi ‘Wartawan Lokasi’ Lapor Situasi Cemas Terima Pujian Netizen

‘Macam Mana Boleh Lulus’- Netizen Pertikai Rekaan Laluan Pejalan Kaki River Of Life Yang Tidak Masuk Akal

‘Abang Kopiah Hitam’ Dikecam Cuba Cetus Pergaduhan Selepas Gagal Potong Barisan