Rakyat Malaysia dikejutkan dengan angka tertinggi positif COVID-19 semalam yang mencecah lebih 3 ribu pesakit. Pastinya perkara ini membimbangkan ramai orang.

Terbaharu, tular satu video perkongsian di Facebook yang menunjukkan keadaan terkini di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 di MAEPS Serdang. Padat dengan pesakit, keadaan tersebut cukup membimbangkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, pusat kuarantin tersebut kini dibanjiri dengan mereka yang positif COVID-19 tahap 1 (tidak bergejala) dan tahap 2 (bergejala ringan). Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapasiti semasa di hospital dan kemudahan rawatan berisiko rendah hanya terhad kepada 23,000 tempat tidur.

Lantaran perkongsian tersebut, rata-rata netizen menzahirkan rasa risau akan keadaan di pusat kuarantin tersebut. Jika penularan wabak COVID-19 tidak terkawal maka akan lebih ramai yang dijangkiti wabak tersebut.

d5dc

photo_2021-01-08_14-51-24

photo_2021-01-08_14-51-28

Kita masih belum menang. Diharap anda diluar sana sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan sentiasa berwaspada. Jangan lupa sentiasa memakai pelitup muka dan hand sanitiser. Apa pula pendapat anda akan perkara ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Suami Tampil Jelaskan Apa Sebenarnya Yang Dibuang Isteri Dari Dalam Kereta

Sudah Habis Hujah, Janna Nick Label Netizen ‘Loser’ Selepas Bertikam Lidah Soal Filem Di Twitter

Sumber