Masihkah anda ingat pada lagu ‘Menanti Sebuah Jawaban’ dan ‘Kasih Tak Sampai’ yang didendangkan oleh kumpulan Padi dari tanah seberang? Tidak lama lagi anda berpeluang untuk mendengarkan lagu-lagu yang pernah hit di Malaysia pada era 2000 di konsert perdana mereka anjuran bersama Qew Communication Sdn. Bhd.

WhatsApp Image 2018-03-28 at 17.51.14

Buat pertama kalinya dalam sejarah penubuhan Padi sejak tahun 1997, kumpulan tersebut akan mengadakan konsert perdana mereka Padi Reborn Exclusive Live In KL yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun 2018.

Mengguna pakai nama Padi Reborn, sesuai dengan ‘comeback’ mereka selepas tujuh tahun mereka, kumpulan ini masih lagi mengekalkan formasi yang sama menampilkan Piyu, Fadly, Ari, Rindra dan Yoyo. Kumpulan Pitahati akan menjadi kumpulan undangan yang pastinya bakal memberi sebuah persembahan yang tidak kurang hebatnya. 

Buat peminat-peminat kumpulan ini, tunggu apa lagi dapatkan tiket anda untuk menonton secara langsung di konsert itu nanti. Berikut kami sertakan muzik video daripada lagu hitz Padi untuk anda layan sementara menunggu konsert perdana mereka.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤