Semalam berlangsungnya acara sukan skateboarding (papan luncur) di Sukan Asia Indonesia. Adik Fatin Syahirah merupakan wakil negara untuk sukan ini.

Astro Arena menerusi laman Facebook mereka berkongsi aksi adik Fatin Syahirah ini. Ini merupakan aksi pertama adik Fatin untuk sukan papan luncur secara profesional dan beliau tidak dapat memberikan persembahan yang terbaik pada hari berkenaan.

Menjadi asam garam di media sosial, mereka lantas menulis kata-kata negatif terhadap adik Fatin. Ada yang menulis komen menyatakan ada ramai lagi yang lebih layak untuk menjadi wakil negara untuk sukan ini. Tidak kurang juga yang berkata adik Fatin mendapat tempat atas bantuan orang dalam.

Tidak cukup dengan itu, laman Instagram adik Fatin juga dihujani komen-komen negatif sehinggakan adik Fatin bertindak untuk membuang semua gambar di profile Instagramnya. Yang tinggal hanya satu Instagram Story dengan tulisan ‘Sorry, Malaysia’.

Adik Fatin Sorry Malaysia

Namun di sebalik kecaman, komuniti skateboards tempatan semuanya memberi sokongan padu terhadap adik Fatin terutamanya otai sukan ini, Pa’din Musa dan Joe Ipoh.

Pa’din dan Joe Ipoh satu ketika dahulu pernah mewakili negara untuk sukan X-Games dan menurut Pa’din, beliau tahu perasaaan gugup adik Fatin dan bagaimana perasaan gugup itu boleh menjejaskan persembahan. Di samping itu, sokongan terhadap adik Fatin turut ditunjukkan oleh seorang lagi skateboarder tempatan, Nizar Hashim.

https://www.instagram.com/p/BnFrUwghGCg/?hl=en&taken-by=nizarhashim

Ianya tidak adil untuk terus mengecam adik Fatin. Setiap atlet yang dipilih untuk mewakili negara adalah yang terbaik dan pada hari berkenaan, mungkin nasib tidak menyebelahi adik Fatin.

Beliau masih muda dan kita sepatutnya memberi sokongan dan bukan kecaman kepada adik Fatin. Kepada adik Fatin, terus buat apa yang anda suka dan ignore all the haters. Meminjam motto Push Skateshop, terus Push atau mati!