Pa’din Musa adalah lagenda skateboarding atau papan selaju Malaysia.

Anak kelahiran Pulau Pinang telah mencipta nama di arena sukan papan selaju apabila berjaya memenangi dua pingat emas kejohanan sukan lasak Asian X Games pada 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur.

Terbaharu, Pa’din kembali memeriahkan sukan skateboarding dengan kasut edisi khas keluaran Vans. Beliau mencipta sendiri rekaan kasut tersebut yang diberi nama Tikar Mengkuang dengan rekaannya mengambil ciri-ciri budaya Malaysia.

Mengkuang adalah sejenis tumbuhan yang hidup subur di kawasan Mauritius iaitu di Lautan India, India Selatan, Siam, Tanah Melayu dan hinggalah ke kepulauan Pasifik.

Tikar mengkuang telah menjadi sebahagian daripada budaya Bangsa Malaysia yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu.

Usaha Pa’din mengambil mengkuang sebagai rekaan asas kasut Vans Tikar Mengkuang tidak lain adalah untuk mengingatkan betapa pentingnya hasil kraftangan masyarakat Melayu terdahulu.

74350019_10156787607440496_4652899300534124544_o
Facebook – Pa’din Musa

Kasut ini akan dilelong pada acara Vans Checkerboard Day yang akan diadakan pada 21 November 2019.

Acara ini adalah acara tahunan yang memberi peluang kepada artis, ahli sukan dan aktivis untuk menunjukkan sisi kreatif mereka.

Selain Pa’din, kasut daripada Steve Van Doren anak kepada pengasas Vans, Christian Hosoi lagenda skateboarding Amerika Syarikat, Geoff McFetridge seorang pelukis graphic dan ramai lagi nama-nama besar akan dilelong di acara ini.

75371700_10156787608365496_7834626118681362432_n
Facebook – Pa’din Musa

Hasil daripada lelongan ini akan disalurkan kepada badan amal Imagination.org yang bertindak sebagai medan untuk anak muda mengembangkan kreativiti mereka.

Bagi anda yang mahu mendapatkan kasut ini, boleh terus ke laman sesawang eBay atau klik link ini.

Ini merupakan kerjasama kedua di antara Pa’din dan juga Vans. Terdahulu, beliau mencipta sejarah apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat yang sama.

Sehingga hari ini, Pa’din Musa atau nama sebenarnya Ahmad Fadzil Musa masih memegang rekod sebagai anak tempatan paling berjaya di dalam sukan skateboarding.

Ia turut menyaksikan Pa’din menjadi satu-satunya peserta negara yang bersaing di Summer X Games di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2004.

Berikut adalah cerita lain mengenai Pa’din yang perlu anda tahu. Klik pautan di bawah untuk membaca.

‘Sold Out’ Hari Pertama, Kasut Vans x Pa’din Musa Dijual Kembali 3 Kali Ganda Harga Asal

Lihat ‘Demi’ Dokumentari Khas Vans Malaysia Untuk Pa’din Musa

Lihat Koleksi Kolaborasi Khas Anak Tempatan Pa’din Musa Bersama Vans