Setelah beberapa bulan Pak Cik Shell menjadi ‘mythbuster’ dengan membongkar teori cara tekan pam dan posisi tangki minyak, akhirnya beliau kembali semula untuk membongkarkan ‘satu lagi teori’ yang menjadi perdebatan orang ramai sejak dahulu lagi.

Dalam satu video yang dimuat naik pada Instagram @pakcikshell, beliau memperlihatkan hasil satu uji kaji mengenai waktu yang sesuai untuk mengisi minyak; ramai yang menyatakan jika isi waktu pagi agak rugi kerana minyak akan ‘mengembang’. Namun jika isi waktu malam pula lebih menguntungkan apabila minyak menjadi ‘padat’ kerana sejuk.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bagaimanapun, dalam video tersebut didapati langsung tiada beza daripada segi kuantiti minyak yang diuji, tidak kira dipam pada waktu pagi atau malam.

Menurut Pak Cik Shell jumlah kuantiti minyak tetap sama disebabkan cecair petrol yang disimpan dalam tangki bawah tanah setiap stesen mempunyai suhu yang stabil dan terkawal.

Hasil uji kaji itu telah menarik perhatian warganet yang baru sedar bahawa ‘teori terbabit’ mengelirukan dan ‘berdebatan’ sebelum ini langsung tidak membawa manfaat.

Pada masa sama orang ramai mengucapkan terima kasih kepada Pak Cik Shell kerana membongkarkan ‘teori’ itu secara bukti amali teknikal.

Menurut Pak Cik Shell, uji kaji itu dibuat menggunakan peralatan selamat dan dipantau untuk mengelak kemalangan semasa uji kaji tersebut dibuat.

Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Selepas ini kita tidak perlu lagi bimbang untuk pilih ‘waktu yang sesuai’ untuk mengisi minyak. Isi sahaja seperti biasa dengan hati yang tenang. Sebarkan perkongsian Pak Cik Shell kepada kenalan-kenalan anda semua, semoga ia memberikan manfaat.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi beberapa pendedahan lain yang dibuat oleh Pak Cik Shell menerusi beberapa uji kaji yang dibuatnya sendiri. Klik pautan di bawah.

Pak Cik Shell Jadi ‘MythBuster’ Bongkar Teori Pam Perlahan Dapat Minyak Ekstra

Pak Cik Shell Kembali Bongkar Mitos Isi Tangki Di Posisi Berlawanan Dapat Minyak Ekstra