Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jawatankuasa Tatatertib FAM dalam mesyuarat kali keempat bagi penggal 2017-2021 pada 20 Disember 2017 (Rabu) telah mencapai keputusan untuk melarang Pahang dari memohon lesen kelab AFC bagi tempoh 2 tahun – 2019 dan 2020.

Ini bermakna, tiada tempat untuk Pahang beraksi dalam kejohanan AFC Champions League 2019 dan 2020 sekiranya mereka muncul sebagai juara Liga Super musim 2018 dan 2019.

Kesalahan: Melanggar Artikel 14 Statut FAM akibat daripada tindakan enggan atau gagal mendaftarkan pasukan untuk bermain dalam pertandingan Piala AFC 2018 walaupun telah diarahkan oleh FAM untuk berbuat demikian melalui surat bertarikh 24 November 2017 yang mengarahkan pasukan Pahang melalui Persatuan Bolasepak Pahang untuk membuat pendaftaran menyertai ’AFC Club Competition’ / Piala AFC 2018.

23658750_1635420446518643_4585387304269443914_n

Hal ini kerana pasukan Pahang menduduki tangga ke-2 dalam Liga Super 2017 dan pada masa yang sama telah memohon dan diberikan kelulusan Lesen Kelab AFC adalah layak dan boleh bermain di dalam Piala AFC 2018.

Walau bagaimanapun, pasukan Pahang masih enggan atau gagal untuk berbuat demikian sehinggalah tarikh akhir yang diberikan iaitu pada 30 November 2017.

* Artikel 14 Statut FAM – Obligasi Ahli

1. Ahli mempunyai obligasi berikut:

i) Untuk mematuhi sepenuhnya Statut, Peraturan, arahan dan keputusan FIFA, AFC dan FAM pada setiap masa dan untuk memastikan perkara ini juga dipatuhi oleh Ahlinya;

2. Pelanggaran obligasi yang dinyatakan di atas oleh mana-mana Ahli boleh menyebabkan tindakan diambil seperti yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Hukuman: Persatuan Bolasepak Pahang dilarang daripada memohon Lesen Kelab AFC selama dua tahun iaitu pada 2018 dan 2019 bagi menyertai ’AFC Club Competition’ tahun 2019 dan 2020; serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Walaubagaimanapun, Pahang masih diberikan peluang untuk membuat rayuan terhadap keputusan ini.

Anda Mungkin Suka