Kira-kira 150 penduduk Kampung Tok Puchong, Kota Bharu, Kelantan akhirnya menikmati bekalan air bersih buat pertama kali sejak lebih 30 tahun, lapor Harian Metro

Ia berlaku apabila Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) mula menyalurkan bekalan berkenaan ke sembilan kediaman di situ sebagai permulaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sumber bekalan air bersih ini disambut baik oleh para penduduk dan sebahagian daripada mereka teruja apabila melihat air bersih keluar dari paip di rumah.

Difahamkan, sebelum ini mereka terpaksa membeli air bersih bagi kegunaan harian. Manakala yang lain pula mendapatkan bekalan air bersih dari masjid atau telaga tiub yang dibina sendiri.

Ismail Hamat, 67, berkata kini dia dan keluarganya boleh mandi lebih daripada sekali sehari. Dia juga kini mampu untuk berehat setelah separuh daripada usianya dihabiskan dengan mengangkut air bersih berulang-alik menaiki motosikal sejauh 300 meter dari rumah.

“Hanya Allah saja yang tahu perasaan kami sebaik melihat air bersih keluar dari paip, dan disebabkan terlalu teruja, saya berkumur beberapa kali dan membasuh muka kerana ia tidak lagi masin serta payau seperti air telaga tiub sebelum ini,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.

Dia yang tinggal bersama dengan dua anak istimewa yang menghadapi masalah mental dan terlantar akibat diserang strok berkata kesukaran mendapat air bersih sebelum ini dirasa lebih perit jika musim hujan atau Ramadan.

Menurut laporan berkenaan, sebuah NGO Cempaka Merah Asnaf Society banyak membantu penduduk kampung terbabit menyelesaikan masalah bekalan air bersih tersebut.

Terdahulu, seorang saintis di Amerika Syarikat kongsi masalah kualiti air di Kelantan dan Selangor. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Saintis Di Amerika Syarikat Kongsi Masalah Kualiti Air di Kelantan Dan Selangor