Seorang pak cik di China berjaya menarik perhatian ramai apabila berjaya menghabiskan larian maraton sepanjang 42 kilometer dalam masa 3 jam 28 minit dan 45 saat sambil menghisap rokok.

Dalam salah satu acara maraton Xin An Jiang telah diadakan di Jiande, pada 6 November lalu. Apa yang menjadi perhatian umum adalah seorang lelaki bernama Chen yang berusia dalam lingkungan 50-an yang berlari sambil menghisap rokok.

Baca Juga:

Sepanjang larian tersebut, kelihatan Chen membawa sebungkus rokok dan akan menghisapnya sepanjang beliau menghabiskan larian maraton. Sohu melaporkan bahawa Chen menamatkan perlumbaan 42 kilometer dalam masa 3 jam 28 minit dan 45 saat; dengan masa itu, dia berada di tempat ke-574.

Melihat kepada gayanya, sudah pasti ini bukanlah kali pertama Chen menyertai pertandingan ini. Difahamkan bahawa membuat penampilan sulung pada 2017 dan aktif menyertai semua jenis maraton sehingga 2019, lapor HK01.

Rekodnya semakin meningkat sepanjang tahun apabila dia membuat catatan masa pada 2018 dengan rekod 3 jam dan 36 minit, 3 jam dan 32 minit pada 2019, dan 3 jam dan 28 minit tahun ini.

Bagaimanapun, sebahagian pengguna maya merasakan bahawa cara Chen berlari sambil menghisap rokok adalah contoh yang tidak sihat. Sebahagian mengkritik beliau, manakala sebahagian lagi menganggap situasi tersebut adalah sesuatu yang lucu.

Walaupun merokok adalah berbahaya, tidak dapat dinafikan bahawa ketangkasan dan kekuatan pak cik itu menunjukkan bahawa dia adalah seseorang yang berpengalaman.

Walau bagaimanapun, kami tidak menggalakkan para pengguna maya dan mereka yang membaca laporan ini itu mengikut jejak beliau.