COVID-19 nyata memberi kesan kepada kita semua. Daripada yang berada di bandar-bandar besar sehinggalah mereka yang berada di kampung-kampung degan kebanyakannya terjejas dari segi ekonomi dan peluang pekerjaan.

Seperti yang berlaku kepada komuniti laut di Semporna, Sabah ini apabila kisah mereka kehabisan bekalan makanan baru-baru ini tular selepas ia dikongsikan pasukan polis marin di Faceboook.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam hantaran video pendek yang dimuatnaik itu, seorang lelaki yang sudah berusia dikatakan terpaksa mengejar bot yang dinaiki sepasukan polis marin hanya kerana ingin meminta bantuan makanan buat penduduk kampungnya.

1

Kejadian berkenaan menurut pasukan polis marin berlaku apabila bot peronda milik mereka didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Ladja di perairan Kg Holo, Semporna.

Sebaik sahaja menghampiri bot polis marin itu, Ladja kemudiannya memaklumkan kampungnya yang mempunyai 27 buah rumah telah kehabisan bekalan makanan.

“Itu Kg Halo laut hujung. Bahagian depan sudah dapat bantuan.

“Tapi kami tiada dapat bantuan, kami tiada makanan tuan, sebab itu kami perlu turun ke laut.

“Naa, kalau ada bantuan makanan diberikan oleh kerajaan kami tidak akan turun ke laut. Kami akan patuh dengan peraturan PKPD,” rayu beliau kepada polis yang bertugas ketika itu.

Tidak sampai 24 jam selepas mendapat maklumat berkenaan, pihak polis marin yang menyantuni lelaki itu kemudiannya terus mendapatkan bekalan makanan buat penduduk di sana.

Lelaki tersebut dan komuniti di sana telah dibantu oleh pihak berwajib dan NGO dengan diberikan sumbangan barangan keperluan berupa makanan harian.

Capture

“Sebab pagi tadi dia datang merapat ke bot ronda polis marin dan memberitahu ada 27 buah rumah tercicir belum menerima bantuan bekalan makanan.

“Jadi sekarang kami hantarkan bantuan makanan, tolong semua beratur,” laung pihak polis ketika menyampaikan bantuan kepada penduduk di sana.

12

Anda boleh menonton perkongsian penuh pak cik Ladja ini mendapatkan bantuan makanan untuk penduduk kampungnya melalui video perkongsian di bawah.

Baca juga perkongsian menarik daripada kami mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara melalui pautan di bawah. 

Dr Noor Hisham Buat Kemunculan Istimewa, Bantu BoboiBoy Tewaskan COVID-19

Keluarga Difitnah Dan Dipulau, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Dilayan Bagai Penjenayah Selepas Positif COVID-19

Pakar Jangka Gelombang Ketiga COVID-19 Di Malaysia Berlarutan Hingga Tahun Depan