Setiap orang mempunyai teori tersendiri apabila mahu mengisi tangki minyak kenderaan. Salah satu teori yang diamalkan oleh orang ramai — menekan nozzle secara perlahan bakal memberikan kuantiti minyak lebih banyak.

Semalam, Pengarah Urusan Shell Malaysia atau lebih dikenali sebagai ‘Pak Cik Shell’ telah berkongsi satu video melalui Instagram rasmi miliknya bagi membongkar ‘teori’ yang digunapakai oleh orang ramai selama ini.

Santai dan bersahaja, dalam video pendek yang berdurasi hampir 2 minit Pak Cik Shell ‘bersembang’ dengan Hei Hei (kucing Shell berwarna hitam) bagi mendapatkan ‘kebenaran’ di sebalik teori tersebut.

Kemudian, Pak Cik Shell bersama seorang juru pam telah mengisi minyak sebanyak 10 liter ke dalam sebuah bekas dengan dua cara berbeza — menekan nozzle secara perlahan dan laju.

vocket-pakcik-shell-dedahkan-kuantiti-minyak-sebenar-4
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Tidak mengejutkan apabila Pak Cik Shell dapati kuantiti minyak di dalam bekas tersebut sama banyak walaupun juru pam telah menekan nozzle minyak dengan dua cara yang berbeza.

Untuk memudahkan orang ramai lebih faham, Pakcik Shell telah membuat ‘simulasi’ semula dengan menggunakan dua bekas Costa Coffee yang mempunyai air separuh penuh daripada bekas.

vocket-pakcik-shell-dedahkan-kuantiti-minyak-sebenar-3
Sumber Gambar: Instagram @pakcikshell

Pada bekas yang pertama, beliau menuang air secara perlahan-lahan. Manakala bekas yang kedua, beliau menuang air dengan laju. Ia tetap memberikan hasil yang sama, kedua-dua bekas masih mempunyai jumlah kuantiti air yang tidak berbeza.

Selepas ini anda tidak perlu lagi menekan nozzle perlahan-lahan untuk mendapatkan minyak ekstra. Jimat masa anda dan memudahkan orang lain menggunakan pam minyak. Berapa anda bayar, banyak itulah jumlah minyak anda akan dapat mengikut harga minyak semasa.

Baca lagi artikel-artikel Pak Cik Shell yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Ditegur Bergambar Di Pam Minyak, Ini Jawapan Lengkap Daripada ‘Pak Cik Shell’

Pernah Buka 30 Stesen Shell Di India, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu

‘Big Boss’ Turun Padang Jumpa Pelajar Tular Ambil Keputusan SPM Pakai Baju Shell

Sumber