Sebelum ini Pak Cik Shell pernah berkongsi video membongkar teori menekan nozzle secara perlahan boleh memberikan kuantiti minyak lebih banyak telah menarik perhatian ramai orang.

Terbaru Pak Cik Shell telah berkongsi satu video bagi membongkar rahsia ‘kepercayaan’ sebahagian pemilik kenderaan yang percaya apabila posisi hos minyak berlawanan akan dapat minyak ekstra.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pak Cik Shell, tiada perbezaan antara posisi hos pam minyak secara selari ataupun berlawanan dengan tangki kereta kerana pam minyak akan menolak minyak masuk ke dalam tangki sama jumlah dengan bayaran telah dibuat.

Tambah beliau lagi, sekiranya mengisi minyak dengan posisi hos pam minyak secara berlawanan dapat meningkatkan risiko kemalangan tumpahan minyak kerana sensor di hujung nozel tidak dapat berfungsi untuk mengesan apabila tangki minyak sudah penuh.

vocket-pakcik-shell-hos-minyak-2
Sumber Gambar: Instagram PakCikShell

Video tersebut telah mendapat lebih 29,000 ribu views dan rata-rata ramai gembira dengan ilmu baru yang dikongsikan secara praktikal eksperimen oleh Pak Cik Shell.

Bahkan ada yang membuat permintaan agar Pak Cik Shell dapat membongkar teori-teori lain seperti perbezaan mengisi minyak pada waktu siang dan malam, serta amalan menggoncang badan kereta bagi mendapatkan minyak ekstra.

Apa pendapat anda mengenai MythBuster kali ini? Adakah anda bersetuju atau sebaliknya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Pada bulan lalu, Pak Cik Shell telah menjadi ‘MythBuster’ untuk membongkar teori pam minyak secara perlahan boleh dapat minyak ekstra.

Pak Cik Shell Jadi ‘MythBuster’ Bongkar Teori Pam Perlahan Dapat Minyak Ekstra

Sumber