Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika anda pernah membaca kisah Pakcik Shell kami kongsikan awal tahun ini pasti anda masih ingat lagi akan susuk lelaki yang menjadi bualan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu itu.

Jika dahulu beliau pernah turun padang dan bertemu sendiri dengan calon SPM yang memakai baju seragam syarikat minyak itu, kali ini beliau sekali lagi berkongsi kisah mengenai anak muda dalam masyarakat kita.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Menerusi satu hantaran yang dibuat di akaun Instagram @pakcikshell, beliau berkongsikan bagaimana beliau berjumpa dengan seorang lelaki dipercayai remaja sebelum mendengar kisahnya dan kemudiannya membantu beliau.

photo_2020-10-07_11-06-54

Foto Shahril yang dikongsikan Pakcik Shell di Instagram beliau

“Dalam perjalanan balik kerja terserempak dengan seorang adik. Bila pak cik tanya tengah buat apa, dia cakap kumpul barang untuk kitar semula untuk dijual.

“Bila pak cik tanya duduk dekat mana, dia tunjuk dekat satu dinding bangunan di alas kadbod.

Tawar kerja dan hostel

Tambah beliau, remaja tersebut yang dikenali sebagai Shahril terpaksa keluar dari rumah setelah ibunya meninggal dunia.

Terkesan dengan kisah remaja berkenaan, beliau kemudiannya menjelaskan sudah mendapatkan kerja untuk Shahril di salah sebuah stesen minyak yang turut mempunyai asrama untuk pekerjanya.

“Insyallah sudah dapatkan kerja dekat stesen yang ada hostel untuk adik Shahril sebab dia cakap nak kerja.

“Malam nanti kita bawa dia tempat kerja. Kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak,” kongsinya.

Perkongsian daripada Pak Cik Shell itu sehingga artikel ini ditulis sudah pun mendapat hampir 10,000 likes dan mendapat reaksi positif daripada netizen yang meninggalkan komen.

komen4 komen3 komen2 komen1

Baca juga kisah Pakcik Shell yang pernah kami kongsikan sebelum ini di pautan di bawah. 

‘Big Boss’ Turun Padang Jumpa Pelajar Tular Ambil Keputusan SPM Pakai Baju Shell

Pernah Buka 30 Stesen Shell Di India, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu

Anda Mungkin Suka