Pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri mencuri perhatian warganet apabila membuat ‘Question and Answer’ di Instagram Story miliknya dan warganet bertanyakan mengenai penggunaan bengkung selepas bersalin.

“Dr. ada pakai bengkung ke lepas bersalin? Orang tua cakap pakai bengkung boleh kempis perut lepas beranak,” soal salah seorang pengikutnya di Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dr. Amalina tampil menjawab persoalan tersebut dan berkata dia tidak menggunakan bengkung kerana boleh memudaratkan kesihatan malah sempat berpesan kepada semua perempuan selepas bersalin agar tidak memakainya terlalu lama.

Sementara itu, dia menjelaskan memakai bengkung tidak wajib tetapi dibolehkan jika sesiapa mahu memakai bengkung untuk membantu menyokong perut dan belakang selepas bersalin.

Tambahannya, Dr. Amalina memaklumkan bengkung bukan alat untuk turun berat badan namun digalakkan kepada sesiapa mahu memakai pada masa yang singkat dan tidak disyorkan dalam jangka yang lama atas sebab boleh memudaratkan kesihatan kerana terlalu ketat.

“Salah satu cara yang boleh membantu para ibu menurunkan berat badan kepada bentuk pra-kehamilan adalah dengan mengambil makanan penuh nutrisi serta mengikut piramid diet seimbang dan lakukan senaman,” tulisnya.

Selain itu, Dr.Amalina berkahwin dengan cinta hatinya, Alexander Charles di London pada 31 Mac 2021 tahun lalu serta mendedahkan akan membesarkan anaknya dengan kewarganegaraan British.

Info tambahan, perniagaan bengkung di Malaysia amat popular dan meraih sambutan ramai terutamanya dalam kalangan wanita.