Di saat pemimpin seluruh dunia sedang bergelut mencari solusi terbaik menewaskan COVID-19, lain pula yang berlaku di Afrika Selatan apabila presidennya pula menjadi bahan ketawa.

Buat anda yang tertanya-tanya, beliau bukanlah tersasul atau memberikan cadangan yang tidak masuk akal seperti Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini, namun ia berlaku ketika melakukan demonstrasi cara pemakaian face mask.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bertambah malang, kejadian tersebut disiarkan secara langsung untuk tontonan rakyat Afrika Selatan ketika itu dan sudah pastinya tiada rakaman semula yang boleh dilakukan untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

Dalam video yang tersebar di media sosial itu, Cyril dilihat tidak berjaya untuk melekatkan tali face mask tersebut ke telinganya dan kemudiannya menutup matanya berbanding hidung dan mulut ketika memakai face mask tersebut.

Video tersebut terus menjadi tular sejak beberapa hari dan lalu turut mencuri perhatian agensi berita terkenal dunia seperti BBC dan Russia Today yang turut berkongsi detik-detik ‘fail’ oleh presiden Afrika Selatan itu.

Bukan saja mendapat perhatian media antarabangsa, malah rakyat mereka di media-media sosial juga dilihat ‘kecewa’ dengan jenaka yang dilakukan presiden mereka itu.

Bagaimanapun, melihat dari sudut positif mungkin presiden Afrika Selatan ini sedikit gementar bersiaran secara langsung dan mungkin juga beliau tidak tahu dan tidak bersedia untuk memakai face mask.

Tetapi jika difikirkan balik, cara untuk memakai face mask bukanlah sulit seperti memasang perabut dan peralatan elektrikal.

Jadi secara logkinya mungkin beliau sedikit berdebar ‘berhadapan’ dengan jutaan rakyatnya yang sedang menonton siaran langsung tersebut.

Buat anda yang masih tertanya-tanya cara pemakaian face mask dengan betul, kami sebelum ini pernah berkongsi cara yang disarankan oleh WHO. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Doktor Ini Jelaskan Cara Memakai ‘Face Mask’ Dengan Betul Mengikut Standard ‘WHO’

Tular Gambar ‘Face Mask’ Dijemur, Netizen Saran Koyak Sebelum Buang