Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Penyanyi dan pelakon Bella Astilah pada semalam tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya memakai dan memperagakan pakaian unifom kru kabin Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini.

Menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram miliknya, Bella mengakui ada memakai pakaian seragam bertemakan batik yang sering dipakai pramugari MAS ketika majlis sambutan hari lahir Aidil yang berlangsung pada September lalu.

Menurut Bella, pakaian seragam itu dipilih bersempena dengan tema majlis sambutan hari jadi berkenaan iaitu dream job (pekerjaan impian) dan kerjaya impiannya sejak kecil pula adalah untuk menjadi pramugari.

“Daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS.

“Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sudah berjumpa pihak MAS

Susulan daripada kejadian berkenaan, Bella juga memaklumkan wakil daripada pihak syarikat penerbangan berkenaan datang untuk bertemu dengannya dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan pakaian seragam tersebut.

Bella kemudiannya dalam hantaran permohonan maaf itu berkongsikan kembali ke info mengenai uniform yang dipakai pramugari MAS itu seperti dikongsikan wakil syarikat yang berjumpa dengannya.

“Sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983, yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.

“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya.

“Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia,” kongsinya.

View this post on Instagram

Salam Hi everyone:) Harini baru Bella berkesempatan untuk bercerita serba sedikit tentang ‘MAS Uniform’ yang dipakai Bella pada 16/09/2020 lalu sempena tema ‘dream job’ birthday Aidil. Bella decided untuk memperagakan MAS Uniform tersebut sematamata kerana kerjaya pramugari MAS yang merupakan dream job Bella sejak kecil lagi. Pihak MAS sendiri ada berjumpa dengan Bella dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan uniform tersebut dan Alhamdulillah banyak knowledge yang Bella peroleh yang mana Bella rasa sangat bermanfaat untuk dikongsikan kepada orang ramai terutamanya yang hanya mengetahui serba sedikit tentang sejarah MAS. Sebagai seorang pelanggan setia MAS, saya sentiasa mengagumi MAS dan seperti yang semua tahu, Bella berasal dari Sabah dan memang dari kecil menaiki MAS untuk perjalanan ulang alik ke KL. Atas perkongsian knowledge daripada pihak MAS, sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983 yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik. Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya. Oleh yang demikian, adalah tidak dinafikan bahawa uniform MAS ini adalah sangat istimewa dan suatu kebanggaan di mata rakyat Malaysia. Dan daripada Bella sendiri, Bella mohon maaf kerana telah menggunakan uniform tersebut tanpa mengetahui lebih awal akan info, sejarah, dan etika berkenaan uniform MAS. Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan. Thanks a lot pihak MAS for the time & sudi berjumpa. Thank you pihak MAS untuk hadiah yang diberikan kepada anak2 Bella juga❤️

A post shared by B E L L A A S T I L L A H (@bellaastillah) on

Baca juga perkongsian kami mengenai outfit Cik B yang mencecah ribuan ringgit dan mencuri perhatian netizen sebelum ini di pautan di bawah. 

‘Cincin Sahaja Harga RM13,500’ – Netizen Tergamam Cik B Belanja ‘OOTD’ Berharga RM118,000

Cetus Kontroversi, dUCk Didakwa Plagiat Rekaan Aksesori Tudung Jenama Bokitta

Selepas G-Shock TMJ, Tular Pula Model GA-2000S Yang Dipakai Tengku Zafrul