Sebuah pusat jana kuasa di Sweden, Vasteras Plant yang diuruskan oleh Malarenergi menggunakan pakaian tak terjual H&M sebagai sumber tenaga dalam usaha mereka menggantikan arang sebagai sumber tenaga. Walaupun membakar pakaian tidak akan beri ‘zero’ pencemaran alam, sekurang kurangnya dapat mengurangkan pencemaran alam daripada pembakaran tradisional arang.

Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

H&M dalam kenyataannya mengatakan mereka tidak akan membakar pakaian yang tidak selamat dipakai. Sebaliknya pakaian yang dilupuskan hanyalah pakaiannya yang tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang berbahaya.

Pusat jana kuasa Vasteras yang membekalkan tenaga kepada 150,000 isi rumah telah membakar sekitar 15 tan pakaian H&M sehingga kini dalam tahun 2017. Dalam usaha mereka untuk jadi fasiliti bebas bahan bakar fosil 2020, Vasteras telah menerima dua penjana bahan bakar fosil terkahir yang mencukupi sehingga tahun 2020.

HYPE
Ini ‘Rahsia’ Pengasas Tudung Dari Kelantan Raih Keuntungan RM10,000 Dalam 2 Minggu
Baca lagi →