Penularan wabak COVID-19 di negara kita cukup membimbangkan dan umum mengetahui set pakaian perlindungan diri (PPE) di hospital tidak mencukupi sehinggakan doktor dan jururawat terpaksa menggunakan plastik dan menjahit sendiri set pakaian tersebut.

Perkara tersebut membuat pereka fesyen terkenal, Datuk Radzuan Radziwill terpanggil untuk membantu petugas barisan hadapan di hospital dengan mulakan inisiatif projek amal menjahit pakaian perlindungan diri.

Bagi yang tidak mengenali Radzuan Radziwill, beliau merupakan pereka fesyen yang banyak menghasilkan rekaan untuk kenamaan dan songket untuk pemimpin dunia. Bahan yang digunakan untuk membuat set PPE ini menggunakan material non-woven.

91003313_10157938962283954_6730942359674028032_o

Difahamkan, beliau mampu menyiapkan 50 pasang jubah luar PPE setiap hari sejak memulakan projek itu sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan bantuan rakan seorang doktor yang bertugas di Hospital Serdang.

Rakannya memberikan maklumat mengenai ukuran, material dan maklumat pembekal kepadanya. Lebih 200 pasang sudah disiapkan saat ini dan beliau mahu menghasilkan 1,000 atau 2,000 pasang jubah luar, topi dan tudung untuk diberikan kepada petugas yang memerlukan.

Malah, Redzuan juga mengatakan bahawa setiap hari di Hospital Serdang dan Hospital Sungai Buloh memerlukan 400 helai PPE berikutan ia adalah jenis pakai buang.

Menurutnya, tiada masalah untuk membeli material berkaitan tetapi sukar untuk mendapatkan getah kerana banyak kedai barangan jahit tutup berikutan kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Tambahnya, rekaan pakaian perlindungan diri yang ringkas dan tidak rumit memudahkan beliau untuk membuatnya dan hanya perlu memastikan material tidak terkoyak. Malah, jika lebih ramai pereka dan tukang jahit dapat bersama melakukan projek tersebut, pastinya lebih banyak set pakaian perlindungan diri boleh dihasilkan.

Usaha murni yang dilakukan oleh Radzuan Radziwill pastinya akan dihargai oleh pihak pasukan barisan hadapan di hospital yang berjuang untuk menangani penularan wabak COVID-19 ini. Diharap akan lebih ramai lagi pereka fesyen memberikan bantuan untuk meringan beban pasukan barisan hadapan ketika ini.

Sementara itu, Bantuan Prihatin Nasional boleh disemak dan anda boleh memohon esok. Ketahui lebih lanjut dengan klik pautan di bawah ini.

Ini Cara Semak Dan Memohon Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Mulai 1 April

Ini Kesan Jika Kerajaan Gagal Kawal Pencetakan Wang Ringgit Yang Perlu Anda Tahu

Ini Sebab Malaysia Diiktiraf Sebagai Negara Terbaik Tangani Penularan Covid-19

Sumber