‘Tidak ada sampah, yang ada hanyalah barang-barang yang tidak digunakan’, itulah kenyataan yang dibuat oleh Nancy Judd atau lebih popular dikenali sebagai pereka Trashion. (Trashion, gabungan fesyen dan sampah).

Siapa sangka, hanya dengan bermodalkan barang terbuang ini beliau berjaya menghasilkan pelbagai jenis rekaan pakaian mewah. Yang lebih menarik, pakaian yang dihasilkan bukan sahaja nampak unik malah ia turut dijual pada harga yang sangat tinggi.

pakaisampah

Kreativiti boleh mengatasi segala-galanya, Nancy yang merupakan seorang pendidik dan pelukis alam sekitar ini secara tidak sengaja terlibat di dalam dunia fesyen setelah beliau berkunjung ke satu tapak pembuangan sampah. Maka Di sinilah idea untuk menghasilkan pakaian daripada sampah ini bermula.

Di antara meterial yang digunakan dalam menghasilkan pakaian ini ialah seperti, kaca, kertas, tin aluminum, buku-buku terpakai, bekas plastik, payung dan pelbagai lagi. Bagi kami ini merupakan usaha yang sangat kreatif dalam mempromosikan kempen kesedaran alam sekitar, idea yang luar dari kebiasaan.

Kebanyakkan karya Nancy berupa rekaan gaun yang dihasilkan dari serpihan kaca, tin, dan bekas plastik. Yang paling mendapat perhatian adalah rekaan kot vintaj lelaki tahun 1950-an bernama Obamanos yang dihiasi jalur berukuran empat sentimeter panjang. Bahan untuk menghasilkan kot itu diperoleh daripada sampah kempen Obama dan mengambil masa kira-kira 200 jam untuk dihasilkan.

Di bawah ini adalah pakaian ‘sampah’ yang berjaya dihasilkan oleh Nancy Judd, anda pasti terkesima setelah melihat rekaan ini.

1

2

3

4

5

6

7

8

Hebat!, Nancy Judd kini aktif dalam projek Recycle Runway dalam mempromosikan kempen kesedaran tentang alam sekitar melalui fesyen ‘Trashion’ ini.

Baca juga: Pereka Kreatif Belgium Cipta Sampan Kotak Boleh Dilipat Dan Mudah Dibawa