Pakar bedah Amerika Syarikat (AS) telah berjaya memasukkan jantung daripada khinzir yang telah diubah suai secara genetik kepada seorang lelaki berusia 57 tahun, menurut Sekolah Perubatan Universiti Maryland di bandar raya Baltimore dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ia merupakan kejayaan pertama yang suatu hari nanti dilihat dapat membantu menyelesaikan masalah kekurangan pendermaan organ. pesakit yang menerima jantung babi itu merupakan David Bennett dari Maryland, 57, kini dalam keadaan stabil tiga hari selepas pembedahan dijalankan.

Bennett berkata beliau tahu tiada jaminan untuk beliau terus hidup dalam pembedahan eksperimen itu. Tetapi disebabkan beliau sudah tidak ada pilihan lain, beliau bersetuju untuk meneruskan pembedahan pemindahan jantung ini.

Pembedahan ini dilihat sebagai satu langkah ke hadapan kepada misi menggunakan organ haiwan untuk pembedahan yang dapat menyelamatkan nyawa manusia walaupun masih terlalu awal untuk menggunakan kaedah ini secara lebih meluas.

“Pada ketika ini kita kekurangan penderma untuk jantung manusia untuk diberikan kepada pesakit yang memerlukan. Kami memantau perkembangan ini dengan teliti dan kami juga optimis bahawa pembedahan pertama untuk pemindahan jantung ini dapat menjadi pilihan penting yang baharu buat pesakit di masa akan datang,” kata Dr. Bartley P. Griffith, professor yang menjalankan pembedahan jantung Bennett.

Pada awalnya, pembedahan ini tidak diluluskan pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) tetapi diberi kebenaran pada 31 Disember lalu atas sebab pesakit tersebut tidak mempunyai alternatif lain dalam merawat penyakitnya.

Berkenaan pembedahan, jari pemuda ini terpaksa dibedah kerana menggunakan ‘screen protector’ retak. Baca lagi pada pautan di bawah.

Hanya Kerana Menggunakan ‘Screen Protector’ Retak, Jari Lelaki Ini Terpaksa Dibedah

‘Masa X-Ray Nampak, Tapi Waktu Bedah Hilang’ – Viral Gambar X-Ray Wanita Pakai Ribuan Susuk

Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik Dari Kaca Mata Jurugambar

Sumber