Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Korea mendakwa bahawa wabak coronavirus mampu ‘aktif kembali’ pada orang yang telah sembuh dari penyakit ini, lapor Bloomberg.

Kira-kira 51 pesakit yang dikelaskan sebagai telah sembuh di Korea Selatan telah diuji positif semula, kata CDC dalam taklimatnya pada hari Isnin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jeong Eun-kyeong, ketua umum CDC Korea dalam satu kenyataan media menyatakan bahawa virus ini mungkin kembali aktif pada pesakit yang sebelum ini telah sembuh dari wabak ini.

“Walaupun kami lebih tekankan pengaktifan semula sebagai penyebab, kami juga sedang melakukan kajian komprehensif mengenai hal ini,” kata Jeong. “Terdapat banyak kes semasa rawatan, pesakit diuji negatif hari ini dan positif esoknya.”

Pesakit hanya disahkan pulih sepenuhnya apabila dua kali ujian dilakukan dan hasilnya negatif dalam masa selang 24 jam.

CDC Korea akan melakukan penyelidikan epidemiologi terhadap kes-kes tersebut, kata Jeong.

Korea Selatan adalah salah satu negara yang mengesan wabak coronavirus lebih awal, negara ini telah mencatat hanya 211 kematian. Negara ini juga telah menjalankan ujian coronavirus yang paling meluas di dunia dan pendekatan yang didorong oleh teknologi untuk mengesan jangkitan telah melihat Korea Selatan berjaya membendung wabak ini tanpa mengeluarkan perintah penguncian.

Ketakutan jangkitan semula pada pesakit yang telah pulih juga semakin meningkat di China. Pakar masih mencari jawapan kenapa situasi ini boleh terjadi, walaupun ada yang percaya bahawa masalah itu mungkin disebabkan oleh keputusan yang tidak konsisten dalam hasil ujian.

Sehingga Rabu, Korea Selatan mempunyai 10,384 kes virus, dengan 6,776 telah sembuh dan sudah dibenarkan keluar dari hospital, menurut data yang dikumpulan oleh Google.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Bangga Melancong Ke Korea Ketika Musim Wabak, Pasangan ‘Selfish’ Ini Dikecam Hebat Netizen

Kim Jong-un Hantar Surat Untuk Hiburkan Rakyat Korea Selatan Yang Diserang COVID-19

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

 

Sumber