Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah menjadi kebiasaan khususnya di kawasan luar bandar di mana terdapat penunggang motosikal yang turut membawa pembonceng kanak-kanak tanpa topi keledar atau membonceng motosikal sambil mendudukung bayi.

Meskipun dilihat ‘normal’ bagi sesetengah pihak, data daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal kekal menjadi korban nahas jalan raya paling ramai di negara ini sejak bertahun-tahun lamanya.

Sebagai rekod, sejak 20 tahun lalu penunggang dan pembonceng motosikal mewakili 60 peratus daripada jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di mana 45 peratus daripadanya membabitkan mangsa berusia 16 hingga 30 tahun.

Menurut pakar keselamatan jalan raya Prof Madya Dr Law Teik Hua kepada Bernama ketika diajukan persoalan itu, beliau memaklumkan perlunya mempunyai had umur buat pembonceng motosikal.

Mengulas mengenai cadangan beliau, Prof Madya Dr Law mencadangkan umur lima tahun dilihat sebagai umur yang sesuai. Hal ini kerana kanak-kanak bawah umur lima tahun masih belum mampu menstabilkan tubuh ketika duduk di atas motosikal selain kaki juga tidak sampai di tempat pemijak.

“Pembonceng motosikal perlu pandai mengikut lenggok dan rentak penunggang semasa membelok dan sebagainya, sedangkan pada usia itu tahap pemikiran kanak-kanak masih belum mampu memproses tindak balas yang bersesuaian dengan pergerakan penunggang dan motosikal, dan kerana itulah pentingya ada penetapan umur minimum,” jelasnya.

Difahamkan cadangan pelaksanaan umur minimum pembonceng motosikal di negara ini pernah dibincangkan namun hingga kini tiada perkembangan lanjut mengenai saranan itu. Selain itu, undang-undang ini bukanlah perkara yang asing kerana negara-negara lain sudah menetapkan had umur minimum buat para pembonceng.

Cadangan yang diumumkan mungkin membebankan keluarga golongan B40. Oleh yang demikian, semakan semula harga topi keledar dengan cap SIRIM antara yang dicadangkan dalam membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan topi keledar buat anak-anak mereka dalam meningkatkan keselamatan sewaktu berada di jalan raya.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini dilihat tidak mahu mengalah dengan cuba mengeraskan badan semata-mata untuk cop parkir kosong.

Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

Isu Buli Di Hospital, Ini Pengalaman Saya Selama Menjadi Doktor Pelatih di Malaysia

Anda Mungkin Suka