Gambar sebuah ‘rumah’ yang berjaya ditangkap oleh Yutu 2 pada Disember 2021 tular di media sosial. Kebanyakan orang menyatakan bahawa gambar tersebut kelihatan seperti sebuah rumah, namun bagi para saintis China gambar tersebut sebenarnya adalah batu bulan yang berbentuk arnab.

Memetik laporan Science Alert, pasukan Yutu 2 meneliti objek tersebut dengan lebih dekat pada Jumaat lalu iaitu 7 Januari 2022 untuk mengesahkan apakah objek yang menjadi misteri para pakar tersebut. Apabila didekati, objek kiub tersebut ternyata adalah batu berbentuk arnab yang dipanggil ‘Jade Rabbit’ atau arnab jed.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Yutu-2 image of the closer rock. (CNSA/CLEP/Our Space)

Objek itu mula-mula kelihatan samar-samar dalam pandangan kamera Yutu 2 pada bulan Disember lalu. Dan disebabkan objek itu kelihatan tidak teratur, dengan bahagian atas rata yang aneh, penyelidik dari Agensi Angkasa Negara China, Our Space, bergurau bahawa ia mungkin rumah yang diduduki oleh makhluk asing.

Selepas menyeberangi jarak sebulan dari tempat asalnya dengan tujuan untuk merungkai misteri, Yutu 2 akhirnya telah menghantar imej dari jarak dekat kembali ke Bumi. Ternyata batu bulan itu jauh lebih kecil daripada yang dilihat dari jauh. Ia juga lebih bulat. Malah, batu itu kelihatan seperti arnab yang membongkok sedang mengunyah beberapa makanan.

Yutu-2 image of the closer rock. (CNSA/CLEP/Our Space)

Yutu 2 kini akan meneruskan penerokaan di kawah Von Kármán selebar 115 batu (186 kilometer). Yutu 2 telah meneroka rantau ini sejak kapal angkasa Chang’e 4 menghantarnya ke permukaan bulan dalam pendaratan pertamanya pada Januari 2019.

Saintis rungkai rahsia otak manusia berusia 2,500 tahun. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Saintis Rungkai Rahsia Otak Manusia Berusia 2,500 Tahun

Video Ini ‘Rungkai’ Misteri Kereta Proton Perdana Yang Terbiar Di Bangunan Kosong Di UK

Misteri Terungkai, Bunyi Letupan Kuat Di Sabah Berpunca Daripada Meteor