Pakar telah mengeluarkan beberapa fakta terbaharu mengenai wabak COVID-19 yang telah menyerang 163 negara di seluruh dunia dan terbaharu, pakar menyatakan bahawa wabak coronavirus lebih banyak membunuh lelaki berbanding kaum wanita.

Antara alasan yang diberikan oleh mereka adalah disebabkan tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan tahap kesihatan yang tidak memuaskan, lapor pakar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Di sebagian besar negara, kita melihat lelaki merokok dan minum alkohol lebih banyak dibandingkan dengan wanita,” kata Sarah Hawkes, profesor kesihatan di Universiti College London (UCL) dan co-director Global Health 50/50.

Tambah beliau, tahap kesihatan lelaki lebih cepat menurun apabila dijangkiti wabak coronavirus. Tahap kesihatan ini telah menjadi sebab kepada beberapa penyakit lain seperti kanser, darah tinggi dan sakit jantung.

“Di negara seperti Itali, lelaki mempunyai 60% kes positif corona dan lebih dari 70% kes kematian di Itali melibatkan lelaki,” menurut data dari Institut Kesihatan Nasional (ISS).

Manakala negara seperti Korea Selatan yang mempunyai majoriti bilangan kes melibatkan kaum wanita, telah mencatatkan sebanyak 54% lelaki yang terkorban di sana akibat COVID-19.

“Di Itali, kita sedang melihat satu budaya yang merisaukan. Kematian para lelaki kelihatan dua kali ganda lebih banyak berbanding kaum wanita,” kata wakil Rumah Putih, Dr Deborah Birx kepada Washington Post.

Birx turut menambah bahawa maklumat ini penting bagi membantu dunia dalam mengklasifikikasikan siapa yang perlu dilindungi dan bagaimana mereka perlu dilindungi.

CNN dalam satu laporan pula telah menganalisis data dari 20 negara yang dilanda wabak COVID-19. Dari 20 negara tersebut, hanya enam negara – China, Perancis, Iran, Jerman, Itali dan Korea Selatan – yang menyediakan data secara terperinci berdasarkan jantina.

Akhir kajian, CNN menemukan bahawa 50% kaum lelaki berpotensi untuk meninggal dunia akibat COVID-19 berbanding wanita.

“Di Itali, dari 10 wanita yang meninggal dunia, terdapat 24 lelaki yang meninggal dunia. Di China, dari 10 wanita yang terkorban, ada 18 lelaki yang turut terkorban,” lapor data yang dikumpulkan CNN.

Manakala Jerman, Perancis, Iran dan Korea Selatan turut mencatatkan angka di atas 10 bagi jumlah lelaki yang terkorban berbanding setiap 10 wanita yang meninggal dunia akibat COVID-19.

Untuk bacaan lanjut mengenai COVID-19, klik pautan di bawah.

Adakah Sikap Degil Rakyat India Telah Memaksa Perintah ‘Lockdown’ Dikuatkuasakan?

Datuk Bandar Di Itali Bertukar Nada Gangster, Nasihat Penduduk Yang Masih Berdegil

Hampir 4,000 Petugas Perubatan Di Sepanyol Dijangkiti Wabak COVID-19