Jumlah orang muda yang diisytiharkan muflis bagi tahun 2018 sehingga September tahun ini direkodkan sebanyak 10,378 oleh Jabatan Insolvensi seperti yang dilaporkan oleh The Star.

Lebih 20% daripada 47,929 orang yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tersebut adalah di bawah umur 34 tahun; 10,138 berumur antara 25 dan 34; manakala mereka di bawah 25 tahun membentuk 240 kes muflis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Prof Madya Dr Aida Idris dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi Universiti Malaya berkata orng muda perlu menguruskan kewangan mereka dengan cekap bagi mengelak muflis. “Ramai belia hari ini mengejar gaya hidup mewah. Mengelakkan pembaziran dan perbelanjaan yang tidak perlu adalah penting,” katanya kepada StarEdu.

Beliau turut memberi amaran bahawa gaya hidup mewah yang sering dipaparkan di media sosial bukanlah suatu perkara yang baik bagi kebanyakan orang. “Tidak kira sama ada anda mampu membelinya, menjalani gaya hidup hedonistik adalah merosakkan,” dia memberi amaran.

Akta Insolvensi 1967 telah dipinda pada 2020, untuk menaikkan ambang muflis daripada RM50,000 kepada RM100,000. Ini adalah kali kedua ambang kebankrapan dinaikkan dalam tempoh beberapa tahun, selepas ia dinaikkan daripada RM30,000 kepada RM50,000 pada 2017.

Menurut Jabatan Insolvensi, seseorang hanya boleh diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah. Pemiutang boleh memfailkan tindakan muflis terhadap penghutang jika hutang berjumlah RM100,000.