Pakar penerbangan mendakwa mereka akhirnya telah menemui lokasi nahas MH370, yang hilang pada bulan Mac 2014 bersama-sama dengan 239 penumpang di dalamnya.

Walaupun usaha pencarian telah berjalan selama empat tahun dan menelan kos sebanyak $ 200 juta (RM831 juta) merangkumi lebih dari 120,000 meter persegi, bangkai kapal terbang Malaysia Airlines tidak pernah ditemui dan telah mencetuskan misteri dikalangan pakar.

Seperti yang dilaporkan oleh DailyMail, pakar percaya Boeing 777 terjunam ke Lautan Hindi, berhampiran koordinat S34.2342 dan E93.7875 – yang terletak kira-kira 2.070 kilometer di luar pantai Perth di Australia Barat.

Jurutera Victor Ianello dan pasukannya, yang berpusat di Amerika Syarikat, minggu ini mengatakan ‘ada kemungkinan’ bangkai pesawat berada dalam jarak 100 batu nautika dari koordinat tersebut, menurut AirLive.

Ianello, yang membantu pegawai Australia dalam pencarian, percaya pesawat itu terbang sejauh 4.340 kilometer melewati Indonesia sebelum terhempas.

Seorang lagi pakar penerbangan, Byron Bailey, juga seorang bekas juruterbang, mendakwa operasi carian dilakukan di lokasi yang salah dan mereka sepatutnya memfokuskan kawasan selatan Lautan Hindi.

Jelasnya, kawasan carian dilakukan pada lingkungan 30 kilometer dari lokasi sebenar bangkai pesawat tersebut dipercayai berada.

“Jika jangkaan saya salah, pesawat itu mungkin dirampas oleh makhluk asing atau ditempatkan di hangar di suatu tempat di Kazakhstan. Saya sanggup pertaruhkan segalanya sebagai jaminan untuk maklumat itu kerana saya tahu di mana ia berada,” katanya.

Untuk rekod, kehilangan MH370 masih menjadi misteri dan sebelum ini pelbagai spekulasi telah direkodkan namun sehingga kini pesawat itu masih belum ditemui.

Terdahulu, bekas PM Australia dedah kerajaan Malaysia ‘tahu’ MH370 adalah jenayah bunuh diri. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Bekas PM Australia Dedah Kerajaan Malaysia ‘Tahu’ MH370 Adalah Jenayah Bunuh Diri

Misi Pencarian MH370 Bakal Diteruskan Semula Pada Tahun Ini

Into Thin Air, Kisah Berdasarkan Misteri Kehilangan MH370 Sah Bakal Difilemkan