Pakar kesihatan percaya Selangor memerlukan masa empat hingga enam minggu untuk menunjukkan penurun kes harian COVID-19. Namun ia hanya boleh dilakukan jika semua orang mematuhi prosedure operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Bercakap kepada New Straits Times, Ahli Epidemiologi Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud mengatakan bahawa agak sukar untuk meramalkan berapa lama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) perlu dilaksanakan sebelum penurunan kes dapat dilihat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dr Awang Bulgiba juga berpendapat bahawa PKPB yang dijalankan selama dua minggu bagi mengesan dan menguji mereka yang pulang dari Sabah seperti sudah terlambat kerana kesan kerosakannya sudah tidak dapat dielak.

“Kira-kira 400 diuji positif, dan 60% dari mereka kembali ke semenanjung sebelum 27 September. Segmen ini mungkin tidak simptomatik dan mungkin telah menyebar kepada orang lain tanpa disedari.” Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud kepada NST.

Dua minggu yang penting

Walaupun begitu, dia yakin bahawa Malaysia tidak akan mencapai jumlah kes harian sebanyak 4,500 pada akhir Oktober ini, seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Dr Awang Bulgiba menjelaskan bahawa dua minggu akan datang adalah masa yang sangat penting, sambil menambah bahawa jika keadaan di Sabah bertambah baik, maka kita tidak akan mencapai angka 4,500.

Dia menyatakan bahawa masalahnya bukanlah SOP atau pelaksanaan PKPB, tetapi pematuhan, “Sekiranya semua orang mematuhi SOP, maka PKPB akan berfungsi dengan baik,” katanya kepada NST.

Untuk rekod, Malaysia telah mencatatkan lebih 17,000 kes dengan 167 kematian. Sejak COVID-19 menyerang negara, lebih 11,000 orang telah pulih dari wabak yang membunuh 1 juta orang di seluruh dunia.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

PKPB Bakal Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur Dan Putrajaya Mulai 14 Oktober

Sumber