Sekiranya anda berada dalam komuniti wang digital atau kripto, pastinya anda cukup tahu dengan kekocohan yang berlaku pada minggu lalu apabila Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menyekat platform Remitano sekaligus membuatkan para pelabur panik dan terpaksa mencari altenatif lain.

Terbaharu, menerusi laporan daripada Sinar Harian, Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook melabelkan skim pelaburan mata wang kripto yang terdapat di Malaysia adalah haram dan tidak sah. Tambahnya lagi, pertukaran mata wang digital tempatan ini kesemuanya tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
p8s1_Fong-Choong-Fook-min
Sumber: LGMS

Menurut Fong Choong Fook, operasi platform ini semuanya dijalankan di negara luar dan bukan di Malaysia. Orang ramai juga dinasihatkan untuk berhati-hati dengan skim penipuan yang menggunakan nama kripto dalam mengumpul wang daripada para pelabur.

Mata wang kripto dilihat mulai trending di Malaysia selepas sejumlah besar mata wang digital ini menunjukkan peningkatan pendadak buat suku pertama tahun ini di mana Bitcoin kini didagangkan dengan harga sekitar RM236,720 seunit setakat artikel ditulis.

Buat anda yang ingin mengetahui lebih lanjut dengan mengenai kenyataan Fong Choong Fook, anda boleh klik di sini untuk membaca laporan penuh daripada perkongsian Sinar Harian.

Pada bulan lalu, Tesla telah mengumumkan penerimaan Bitcoin sebagai kaedah pembayaran kereta keluaran Tesla. Syarikat ini juga dilaporkan sudah berjaya meraih keuntungan hampir RM4 bilion menerusi Bitcoin.

Tesla Mula Terima Bitcoin Sebagai Kaedah Pembayaran

Hampir Sebulan Melabur, Tesla Berjaya Raih Keuntungan Hampir RM4 Bilion Melalui Bitcoin